Semua ibu bapa mahukan anak yang
rajin solat. Ibu bapa mana yang tidak mahukan anak yang dari kecil,
rajin mendoakan kebaikan untuk mereka. Sejuk hati apabila melihat anak
boleh solat sendiri tanpa disuruh setiap kali masuk waktu solat fardhu.
Apabila saya mencadangkan Iman untuk solat sungguh-sungguh supaya boleh
menang pertandingan 'chess', terdetik di hati, bagaimana jika dia
kalah? Hilangkah keyakinannya pada Tuhan? Namun, soalan itu, saya cepat
hilangkan dari pemikiran. Tidak perlu berfikir sesuatu yang belum
berlaku dan di luar kuasa untuk menentukan. Yang penting, usaha telah
dibuat.
"Abah, cuba teka result pertandingan chess Iman?"
Melihat hidung Iman yang kembang kempis, "Iman menang eh?"
"Yayy! Iman menang abah. Tim Iman menang johan lelaki bawah 9 tahun." Mengurut dagu yang belum ada misai.
"Alhamdulillah!" Terus memeluk gembira.
"Ini semua sebab Iman doa sungguh-sungguh pagi tadi," tuturnya yakin.
>>>
Allah! Dari situ saya tersedar. Sebelum anak diyakinkan tentang
kekuasaan Allah. Saya sebagai bapa, perlu terlebih dahulu meyakinkan
diri bahawa apa sahaja yang berlaku selepas usaha adalah dari Allah.
Apapun keputusan, hikmahnya tetap ada. Cuma, sebagai manusia tidak
selalunya hikmah dapat difahami.
Apabila anak percaya, Allah
bersama mereka. Mereka berusaha tanpa takut dan bimbang. Tiada langsung
ragu-ragu. Bersih sungguh hati mereka.
:)
#drMAK
No comments:
Post a Comment