Sewaktu bersiap dalam cubaan hendak menawan Kota Constantinople, seorang ulama Nizam al-Mulk berkata kepada Raja Malik Shah.
"Saya telah menyediakan satu angkatan tentera yang dipanggil 'tentera
malam'. Apabila tentera bersenjata tidur, merekalah yang akan menjadi
tentera tuanku dengan berdoa ke hadrat Allah bersama linangan airmata
dan lidah yang tidak henti berzikir kepada Allah"
>>>
Dalam kesibukan hidup memperkemaskan 'tentera bersenjata' dalam diri
kita. Iaitu, pengetahuan, kemahiran, dan sikap positif untuk meraih
kejayaan cemerlang di dunia.
Bertambah beruntung jika dapat
perkemaskan 'tentera malam' yang sentiasa menangis, merintih, merayu,
dan memohon ampun serta ditunjukkan jalan lurus. Jalan dirintis mereka
yang diberikan nikmat oleh Allah di akhirat nanti.
:)
#drMAK
No comments:
Post a Comment