"Aku buntulah. Banyak
sangat masalah datang bertimpa-timpa. Semua nak pakai duit. Kereta
breakdown nak kena bayar $400. Laptop skrin gelap, kedai nak $350."
Dengan wajah murung mendung.
"Maaf, aku pun takde duit nak pinjamkan. Tak cuba pinjam dari famili?"
"Malas nak menyusahkan."
"Macamtu, Allah sahaja yang mampu merungkai masalah ni. Kadang-kadang,
kita ni masa senang, selalu terlupa Allah. Bila susah macamni, dapatlah
dengar kita mula berdoa semula"
"Mungkinlah. Kebelakangan ni pun, solat selalu lewat."
"Tanpa kita sedar. Kita terlengahkan urusan dengan Allah. Dahulukan urusan dengan manusia. Kita hilang keutamaan."
"Hmm," diam berfikir.
"Cuba solat awal waktu selepas ni. Dahulukan Allah sebelum urusan lain."
"Inshaa Allah, aku cuba."
>>>
"Alhamdulillah, masalah aku hari tu semua selesai dengan mudah. Betul
nasihat kau dulu, bila dahulukan Allah, urusan lain dipermudahkan."
"Apa cerita kereta dan laptop kau?"
"Oh, kereta tu, pemilik bengkel sendiri tawar bayar ansuran. Sebulan
$100. Laptop tu pula, bila kedai semak semula, masih ada jaminan. Kos
baiki jadi percuma."
"Allahu Akbar, Alhamdulillah. Mesti rasa mati hidup kembali."
"Memang." Sambil tersenyum sampai ke telinga.
------
Kita sayang Allah. Kita cinta Allah.
Apa buktinya?
Apabila tiba waktu solat, kita berlumba-lumba mencari rumahNya untuk sujud kepada Allah.
Solat awal waktu amalan mudah,
Bantuan Allah menghapus resah.
:)
#drMAK
No comments:
Post a Comment