Anak-anak, kadangkala liat mahu solat. Disuruh baru bergerak. Bila solat, ekspressnya mengalahkan ERL.
Alhamdulillah, mereka masih mahu solat. Selain doa khusus, tercari juga cara lain yang boleh diusahakan.
Hinggalah satu hari,
"Abah, esok abah doakan Iman menang dalam pertandingan chess kat sekolah tau."
"Oh, Iman bertanding esok ye? Kalau nak menang, Iman kena doa sendiri sungguh-sungguh pada Allah."
"Kenapa abah?"
"Sebab esok, abah tak duduk sebelah iman. Iman bertanding sorang-sorang. Siapa yang sentiasa ada dengan Iman?"
"Allah."
"Haa, kenalah doa pada Allah. Supaya Allah tolong Iman."
>>>
Maka, bermula waktu maghrib itu, mulalah terdengar bacaan Al-Fatihah yang luarbiasa lantang. Sebelum ini hanya berbisik.
Tempoh solat 1 minit melebar ke 5 minit.
Salam ke kiri dan melompat, bertukar kepada salam ke kiri dan istighfar sebelum doa.
------
Manusia, bilamana tiada siapa lagi yang boleh bergantung harap. Secara fitrah, akan kembali kepada Tuhan.
Anak kecil, biasanya akan banyak bergantung pada ibu bapa. Dalam
keadaan pertandingan yang tiada ibu bapa. Baru mereka sedar, yang ada,
hanya Tuhan.
Itu saat terbaik untuk ibubapa suntik kepercayaan sepenuhnya pada Tuhan.
Ambil peluang ini, bila ia muncul. Lebih kerap diulang, semakin bertambah kepercayaan anak pada Tuhan.
:)
#drMAK
No comments:
Post a Comment