Ya, Hantu Kak Limah cuma filem seram hiburan santai yang membuatkan kita tidak kering gusi menontonnya.
Namun, saya baru menyedari abang Mamat Khalid mewujudkan Hantu Kak Limah untuk 'menyindir' orang 'penakut bayang' seperti saya.
Entah berapa kali dalam hidup. Setiap kali menanam impian untuk
mencapai matlamat yang lebih besar. Otak berbisik ke telinga "Boleh ke
ni? Betul ke ni? Orang suka ke ni? Boleh jalan ke idea ni? Orang tak
marah ke?
Sama seperti Hantu Kak Limah yang 'menghantui' orang kampung dengan kehantuannya, walaupun dia sebenarnya hanya sakit mental.
Momok itu dicipta sendiri oleh orang kampung. Yang sangat suka
bersangka-sangka. Tetapi, bila tahu hal sebenar, "Ooo macamtu ke..."
Hantu Kak Limah dalam minda beberapa kali berjaya memomokkan saya dengan sangka-sangka yang direka sendiri!
Oh, tersirat sungguh nilai sindiran abang Mamat. Selepas 5 tahun, baru nampak kemerahan pipi yang ditampar.
Kita pasti pernah melalui situasi serupa. Kan? Pesan untuk diri saya dan anda,
"Jangan biarkan diri kita dipeluk Hantu Kak Limah selama-lamanya, tak perlu takut, kerana dia sebenarnya bukan hantu!"
>>>
Dalam NLP, ini dipanggil 'self-limiting belief', meletak penghadang minda dari mencapai kemampuan sebenar diri sendiri.
-----
Terima kasih Tuan Zamri Mohamad yang menyalakan banyak 'mentol' dalam minda saya sepanjang seminar semalam.
*Al-Fatihah buat Azwan Annuar yang meninggal dunia semalam. Beliau
membawa watak Wan Kaswi, lelaki yang dipeluk 'Hantu Kak Limah'.
#drMAK
No comments:
Post a Comment