“Abah, Iman nak main ipad boleh? Abah potong markah ‘family gamebook’ Iman.” Memujuk dengan gigi 2 batang menyeringai.
“Iman boleh main, sebelum tu, abah nak tanya soalan dulu. Apa yang
menyebabkan Iman suka main ipad?” Sambil buat muka serius Jalaluddin
Hassan.
“Sebab, seronok!’” Pendek je jawapan.
“Apa yang menyebabkan main ipad tu seronok?” Soalan bernilai 500 ribu ringgit.
“Sebab, makin lama main, makin BEST!” Dah mula garu kepala.
“Apa yang menyebabkan makin lama main, makin best?” Soalan bernilai 1 Juta ringgit.
“Sebab, bila habis level 1, rasa berjaya. Pastu level 2, makin
mencabar, kena main lagi. Berjaya lagi, pastu level 3 pulak. Camtulah!”
(Abah terkejut! Sama dengan hasil kajian)
>>>
Menurut kajian-kajian tentang psikologi ‘games’, kanak-kanak sangat
melekat dengan games di ipad disebabkan antaranya oleh 3 faktor.
1. BERJAYA
Kanak-kanak menikmati perasaan ‘berjaya’ apabila dapat menghabiskan
setiap level dalam games. Setiap 1 level yang dilepasi memberi kepuasan
diri kepada kanak-kanak, apabila berakhir dengan “You, Win!”. Anak-anak
diraikan pada setiap kejayaan kecil.
Games bermula dengan paling
mudah, dan semakin mencabar dalam level seterusnya. Ini merangsang ‘daya
inkuiri’ mereka yang sedia tinggi untuk mencuba dan mengetahui, apa
cabaran dalam level seterusnya.
Itu sebabnya, anak kita sukar untuk berhenti. Games telah memetik ‘suis itu’.
2. ULANG
Kanak-kanak diberi peluang untuk mengulang level yang gagal. Mereka
boleh mencuba berkali-kali tanpa ‘dimarahi’ oleh sesiapa. Kanak-kanak
memang tidak mengenal erti putus asa. Selagi diberi peluang, mereka akan
terus mencuba.
3. SKOR
Kanak-kanak berlumba untuk mencatat
skor terbaik peribadi. Selagi mereka yakin mampu mencapai skor yang
lebih tinggi. Mereka akan terus mencuba, walaupun pada level yang sama.
Games mencatat rekod peribadi terbaik mereka setiap kali rekod lama
dipecahkan. Itulah sebabnya games meletakkan "Your Best Score!".
------
Apa yang boleh kita PELAJARI dan TIRU daripada ciri-ciri yang ada pada games/ipad untuk anak-anak MELEKAT pada kita?
1. Raikan setiap kejayaan kecil yang mereka capai. Perkara yang
kelihatan kecil bagi kita, biasanya sangat besar bagi mereka. "Mama,
Iman dapat buat lego twin tower.". Maka, pujilah USAHA mereka
membangunkan twin tower itu. Puji USAHA bukan HASIL.
2. Beri
peluang mereka mencuba hingga berjaya. Kesilapan atau kesalahan bukanlah
kegagalan, ia hanya maklum balas yang diperlukan untuk membuat LEBIH
BAIK! Elakkan menghukum atas kesilapan atau kesalahan. Peluang untuk
mengulang sehingga berjaya sangat dihargai oleh anak-anak.
3.
Biarkan mereka bertanding dengan pencapaian terbaik peribadi. Plotkan
markah yang diperolehi setiap kali ujian. Tunjukkan bagaimana pretasi
mereka. Tunjukkan turun naik markah diperolehi. Berikan nasihat atas
prestasi mereka sendiri. Elakkan membanding dengan rakan mereka yang
lain.
Inshaa Allah, jika tips-tips ini dilakukan, anak berkemungkinan besar lebih 'melekat' dengan kita, berbanding games.
*Nota:
Family gamebook adalah games aktiviti keluarga yang saya adaptasi dari
perkongsian Tuan Fazrul Ismail (Akademi Sinergi). Gamebook ini digunakan
untuk mengawal masa bermain ipad, menonton TV, dan melayari internet.
KEMASKINI PENTING:
Artikel ini tidak bermaksud menggalakkan anak-anak bermain games di
ipad, tetapi bagaimana ibu bapa perlu MENIRU apa yang dilakukan oleh
ipad untuk menarik semula perhatian anak-anak.
#drMAK
No comments:
Post a Comment