Selepas perkongsian tentang kebaikan ipad (games) yang boleh ditiru
oleh ibu bapa untuk 'merampas' perhatian anak-anak kembali kepada
mereka. Saya sedikit bimbang sekiranya artikel itu disalah erti.
Fokus utama artikel tersebut adalah bagaimana ibu bapa boleh 'meniru'
ipad dalam MENARIK PERHATIAN anak-anak. Saya tidak berniat menggalakkan
ibu bapa membiarkan anak-anak terus bermain ipad. Jika itu yang
difahami, mohon ibu bapa perbetulkan segera.
Tidak dapat
dinafikan, menurut kajian-kajian bidang pendidikan, ipad memberi kesan
baik kepada beberapa subjek seperti matematik, sains, dan bahasa seperti
Bahasa Inggeris. Namun, ipad juga mempunyai kesan sampingan yang
menakutkan sekiranya tidak dihadkan masa penggunaannya. Kata kuncinya
ialah 'had masa'.
Seperti mana makanan diperlukan untuk kesihatan
badan, tetapi memudaratkan jika berlebihan, begitu juga ipad.
Penggunaan dalam tempoh yang panjang akan memberi kesan sampingan.
Antara kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan ipad dalam tempoh yang lama ialah;
1. LEMAH DERIA
Manusia mempelajari sesuatu dengan menggunakan 5 deria yang utama iaitu
Visual (lihat), Auditori (dengar), Kinestetik (sentuh/rasa), Olfactory
(hidu), Gustatory (rasa lidah). Apa yang mampu diberikan oleh ipad,
hanya visual dan auditori.
Walaupun, games di ipad memerlukan sentuhan,
tetapi sentuhan ini hanya bersifat 'olok-olok'. Bukan pergerakan sebenar
yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, untuk memukul kayu golf, badan
perlu dihayunkan untuk memukul, tetapi di ipad, hanya perlu tekan
lama-lama dan lepaskan.
Olfactory dan gustatory sememangnya langsung
tidak dirangsang (kecuali bayi yang menjilat ipad ibunya). Disebabkan
itu, penggunaan yang terlalu lama, tanpa pendedahan kepada latihan
fungsi deria yang sebenar, boleh mengakibatkan 'kebutaan' kepada deria
yang tidak digunakan (deria menjadi lemah).
2. LEMAH DAYA TUMPU
Pergerakan games yang dimainkan biasanya pantas dan cepat berubah
paparannya. Ini yang menyebabkan anak tidak bosan untuk bermain, tidak
kira berapa lama. Di mana bahayanya?
Disebabkan anak telah terbiasa
melihat sesuatu yang pantas bergerak dan sentiasa berubah, jika
sekiranya mereka melihat sesuatu perkara yang sama dalam tempoh yang
lama. Mereka tidak mampu memberi perhatian. Contohnya, bila cikgu hanya
bercakap dan menulis di papan putih, ketika itulah simptom kurang daya
tumpu akan berlaku.
3. LEMAH SOSIAL
Akibat kebanyakan masa
dihabiskan bermain ipad. Anak-anak kehilangan peluang untuk menyertai
aktiviti-aktiviti permainan luar seperti berbasikal, kejar kejar, police
entry, dan sebagainya. Jika permainan sebegini memberi peluang
anak-anak melatih kemahiran berkomunikasi dan bergaul dengan rakan, ipad
tidak menawarkan peluang itu.
Malah, anda perlu berhati-hati jika
mereka mula bercakap dengan ipad, kerana kemungkinan mereka sudah mula
'chat' dengan orang yang tidak dikenali.
>>>
*Terima kasih Puan Fauziah Sirat atas pandangan dari perspektif berbeza.
:)
#drMAK
No comments:
Post a Comment