Bayang begini,
20 tahun tidak berjumpa,
Guru-guru semasa di sekolah,
Yang dulunya,
Gerun untuk memandang,
Takut untuk bertentang,
Segan untuk bersembang,
Kerdil untuk memegang,
Hari ini,
Aku pandang penuh sayang,
Aku mencari di celah orang,
Aku peluk semahu-mahunya,
Aku tanya khabar sihatnya,
Aku pegang lama tangannya.
Allah.
Berkaca airmata bergenang.
Sungguh aku sangat sayang.
Semua guru-guru terbilang.
>>>
Mereka mungkin tidak dipanggil sifu, mentor kejayaan, atau life coach,
tetapi bagi aku, merekalah insan teristimewa yang menyediakan "batu
asas" sebagai tapak untuk aku letakkan batu-batu seterusnya.
Agar batu bata yang disusun menjadi asas kukuh membina "rumah impian" di Syurga.
Doa buat semua guru kita.
#drMAK
No comments:
Post a Comment