Pages

Penulis di Facebook

Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Tuesday, 28 July 2015

(64) Guru Belajar Sesuatu Dari Murid

"Wah! Best kan ada perniagaan sendiri." Saya mengomel sambil memandang sekeliling pejabat kecil yang dipenuhi barang-barang cetakan.

"Alhamdulillah encik. Setakat ini, rezeki tak pernah putus. Setiap hari, ada sahaja pelanggan yang datang membuat tempahan." Sambil menghulurkan air 100 Plus.

"Baguslah, pandai awak berniaga, berani." Sambil membelek cenderahati yang ditempah.

"Macam-macam saya lalu encik. Rakan kongsi tinggalkan saya. Menumpang wifi rumah kawan untuk siapkan 'design' pelanggan. Tidur di pejabat kerana nak berjimat dari menyewa rumah. Bil elektrik pejabat di potong kerana tak berbayar."

"Subhanallah. Macamana awak bertahan?"

"Saya banyak mengadu pada Allah. Mak sentiasa bagi sokongan. Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang hampir putus asa, tetapi tepat masanya, Allah berikan rezeki yang tidak disangka."

"Kagum saya. Ye, saya mengajar awak, tetapi saya sendiri belum pernah berniaga. Untuk ini, saya belajar sesuatu dari awak."

"Encik doakan saya lebih maju encik."

"Inshaa Allah, semua anak murid sentiasa dalam doa saya. Jika perlukan apa-apa, maklumkan, saya cuba membantu. Jangan luput pergantungan pada Allah."



>>>

Hadiah paling bermakna buat guru tidak semata-mata hadiah yang diberi pada Hari Guru. Apa yang lebih menyentuh hati, apabila anak-anak murid berjaya dalam kehidupan. Malah, lebih hebat dari seorang guru itu sendiri.

Guru tidak akan cemburu dengan kejayaan anak murid. Mereka ikhlas memberi ilmu. Kalian (anak murid) mungkin berjawatan besar, punya perniagaan besar, harta melimpah ruah, tetapi semuanya bermula dari seorang guru.

Didoakan Allah merahmati dan memberkati semua anak-anak murid kita dan mereka menjadi insan yang disayangi Tuhan.

Amiin.

~~~
Mereka yang di sekitar Bandar Saujana Putra, boleh temui pelajar saya ini di HAMEGA House of Printing.

:)

#drMAK

Thursday, 7 May 2015

(40) Saat Darah Menyerbu Muka!

Bayang begini,

20 tahun tidak berjumpa,
Guru-guru semasa di sekolah,

Yang dulunya,
Gerun untuk memandang,
Takut untuk bertentang,
Segan untuk bersembang,
Kerdil untuk memegang,

Hari ini,
Aku pandang penuh sayang,
Aku mencari di celah orang,
Aku peluk semahu-mahunya,
Aku tanya khabar sihatnya,
Aku pegang lama tangannya.

Allah.

Berkaca airmata bergenang.
Sungguh aku sangat sayang.
Semua guru-guru terbilang.




>>>

Mereka mungkin tidak dipanggil sifu, mentor kejayaan, atau life coach, tetapi bagi aku, merekalah insan teristimewa yang menyediakan "batu asas" sebagai tapak untuk aku letakkan batu-batu seterusnya.

Agar batu bata yang disusun menjadi asas kukuh membina "rumah impian" di Syurga.

Doa buat semua guru kita.


#drMAK