Petang itu,
saya menghenyakkan punggung di bangku marmar buat melepaskan lelah usai
urusan melapor diri kembali bertugas (selepas 2 tahun bercuti).
Sekali sekala membiarkan diri melayang-layang berimaginasi liar adalah
terapi terbaik membebaskan diri dari ‘penjara’ kehidupan rutin.
Dari jauh, kelihatan seorang ibu dan anak lelaki berjalan beriringan keluar dari Pusat Asuhan sambil bercakap-cakap.
Si anak khusyuk memberi fokus pada ‘bumble bee’ yang dipusing-pusing
untuk ditukar menjadi kereta barangkali. Manakala si ibu tiba-tiba
terhenti lalu memangku beg dan membuka zip atas yang sedikit terbuka.
“Abang, pencil box abang mana?” Merenung tajam wajah anak, menunggu jawapan.
Diam.
“Abang, ibu check dalam beg ni, takde pencil box abang. Abang tinggal kat mana-mana ke?”
Diam. Menggaru peha sehingga terjungkit seluar.
“Ibu tanya ni, abang ingat tak? Ingat tak kat mana abang letak pencil box abang?” Suara makin soprano.
Krik Krik Krik. Anak itu kelihatan merenung jauh menembusi badan ibunya hingga tiba ke Singapura. Sangat jauh.
Si ibu menggeleng kepala kehampaan. Untungnya, dia mengajak si anak berpatah balik. Operasi mencari barangkali (Ops! Pencil).
Saat itu, emosi si ibu masih ‘kental bertahan’.
Saya berbisik, ‘All the best ibu!’
>>>
Melihat senario begini, teringat anak lelaki saya. Hilang barang? Biasa. Tak hilang barang itu yang luar biasa, haha..
Pemerhatian saya, anak lelaki saya, kurang memberi tumpuan kepada apa
yang berlaku di sekeliling, terutamanya bila dia sudah mula ‘tenggelam’
dalam aktiviti kegemarannya.
Ini yang menyebabkan dia sering kehilangan barang. Lebih tepat, lupa kat mana letak.
Budak lelaki memang terkenal dengan kelasakan. Mereka boleh melompat,
berlari, berguling, main sepak-sepak tanpa henti dengan kawan-kawan
seolah-olah telah dibekalkan ‘powerbank jenama pineng’.
Memang
ini cara mereka menghabiskan tenaga berlebihan sebelum lampu merah
ultraman mula menyala pada waktu malam (musim ultraman jadi makmum,
sengaja selit).
Kelasakan ini yang sukar dibezakan oleh ibu bapa
dengan penyakit seperti ADD, ADHD, atau hiperaktif (ibu bapa boleh buat
kajian lanjut tentang penyakit-penyakit ini).
Ini kerana, 10% daripada kanak-kanak hari ini didiagnos mengalami ADD atau ADHD. Kebanyakan mereka pula LELAKI!
Kanak-kanak ini 2 KALI GANDA lebih mungkin ke bilik kecemasan berbanding kanak-kanak lain!
Jangan panik dulu. Secara umumnya, tempoh daya tumpu kanak-kanak lelaki
sememangnya lebih pendek berbanding perempuan (namun, masih berbeza
mengikut kanak-kanak itu sendiri).
Malah, anak-anak yang normal
juga masih berkemungkinan untuk aktif bergerak secara rawak (lompat,
guling, memanjat, berlari) tanpa henti.
Secara umumnya, daya
tumpu normal bagi kanak-kanak 2 tahun kebiasaannya sekitar 6 minit. Ini
adalah tempoh dimana mereka boleh memberi sepenuh perhatian pada
aktiviti yang sedang dilakukan.
Bagi kanak-kanak yang memasuki
taska pula kebiasaannya mereka mampu memberi tumpuan sekurang-kurangnya
15 minit (maaf, menonton TV sampai berjam-jam itu tidak menunjukkan daya
tumpu anak-anak kita tinggi ye..hehe..).
Ramai ibu bapa mungkin
tertanya-tanya, bagaimana mahu menjadikan anak lelaki lebih fokus,
supaya mereka lebih mudah belajar, dapat markah tinggi, dan lebih
penting, kurang mengalami kecederaan!
Sedikit perkongsian,
1. Rehat – Jika sedang mengajar apa-apa subjek, aturkan agar ada waktu rehat di antara sesi pembelajaran.
Susun seperti rancangan TV. Ada iklan antara drama. Daya tumpu mereka
kan takat 15 minit je, cecah je minit terakhir, “Jom rehat! Kita lompat
dulu.” Haha..
Anak lelaki perlukan pergerakan fizikal untuk mengembalikan daya tumpu mereka. Cuba search ‘energizer game’.
2. Tukar – Budak lelaki mudah bosan dengan informasi atau cara belajar
yang sama. Bila matematik je, buku latihan. Buku latihan je, matematik.
Sekali sekala, cuba ubah kepada jawab secara lisan ataupun bermain apps
matematik di tablet (sekali sekala ye..). Bukan apa, kepelbagaian cara
ni menarik perhatian lalu memanjangkan daya tumpu mereka.
3.
Sentuh – Anak lelaki tertarik kepada sesuatu yang boleh dirasa,
disentuh, bau, dan lihat. Semakin banyak deria yang digunakan dalam
aktiviti yang dilakukan, semakin mereka faham dan seronok untuk memberi
tumpuan dalam sesi pembelajaran.
4. Bergerak – Biarkan mereka
bergerak semasa belajar. Boleh saja meniarap, berjalan, beralih tempat,
kerana inilah cara mereka ‘membuang’ tenaga.
Kadangkala kita
terlupa, “Apa gerak-gerak ni, cuba duduk diam-diam, fokus sikit
belajar”. Heheh.. mereka fokus sebenarnya, dalam bergerak. Tak perlu
duduk ‘kejang’ di meja.
5. Lawak Sengal – Ibu bapa boleh cuba
jadi pelawak. Semasa menyampaikan pengajaran, boleh je tiru gaya Farid
ismeth (baca berita), gaya Ah Cai (Johan suka buat), gaya Dr. Fadzillah
Kamsah (motivator), ikutlah..
Janji menghiburkan anak-anak. Budak-budak ni suka bersukaria. Hiburkanlah.
6. Soal – Takleh syok sendiri nak menghabiskan topik. Berhenti
sebentar, tanya anak, ada tak yang dia tak faham? Pastikan kemusykilan
mereka diatasi dulu, jika tidak, tak guna kita terus mengajar, kerana
dalam otak mereka, ada ‘unsolved mystery’ yang sedang di’conan’kan
(siasatlah tu..).
7. Positif – Berikan label yang positif. Tukar
perkataan hiperaktif kepada energetik. Tak boleh dijangka kepada
fleksibel. Kuat berangan kepada imaginatif. Tak ikut arahan kepada
kreatif. Suka melawan kepada suka berdikari. Pelik kepada unik atau
istimewa.
Kita akan lebih positif dan kurang stress!
:)
#drMAK
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerimakasih. Info yang bagus.
ReplyDeleteSama-sama Puan.
DeletePerkongsian yg sgt mbantu..bgaimana utk ank perempuan ye? Ada tips yg boleh dikongsi? Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih.. Untuk anak perempuan, boleh terus ikuti post-post seterusnya, mungkin akan ada kupasan tentang anak perempuan.. :)
Deleteperkongsian yang amat bagus...terima kasih
ReplyDeleteSama-sama :)
Delete