Anak ko ni, bukan taknak belajar, tapi dia tak minat membaca, pastu tak ghairah bila tengok video.. sebab nak buat dua benda ni, dia kena duduk diaammm je.. padahal dia ni jenis tak boleh duduk diam.. kalau boleh dia nak begerak.. nak guna dua tangan yang dia ada.. maknanya nak ada pergerakan kalau boleh.. kalau duduk setempat memang tidolah jawabnya..
Habis tu, apa yang aku boleh buat?
Sebelum tu, biar aku cakap dulu, untuk style anak ko ni, nak suruh dia belajar subjek macam math, bahasa inggeris, memang agak payah jugaklah.. sebab, so far, memang subjek2 macamni jarang melibatkan pergerakan, kecualilah cikgu ada buat lakonan untuk bahasa inggeris.. tapi untuk subjek2 yang melibatkan movement.. macam kemahiran hidup ke, sains ke, sukan ke, memang dia boleh cemerlang..
1. Ko tunjukkan dia kartun-kartun macam bob the builder, yang boleh mengajar dia macamana nak gunakan alat2 untuk repair benda2 dalam rumah. Biasanya dia akan cepat belajar, dan faham kegunaan alat2 daripada video yang dia tengok. Nanti bila ko ada masa nak bertukang, or paling simple, tukar batery kereta remote control dia, ko suruh dia gunakan screwdriver dan masukkan bateri sendiri, pastu tutup dan skru balik sendiri, mesti dia bangga tak terkira.
Kartun ni, memang bagus untuk mengajar budak-budak kemahiran bertukang.. (Pic from tvlistings.zap2it.com) |
2. Kalau dia minat sukan, ko kenalah bersukan sekali dengan dia, atau bawa dia ke tempat2 orang bersukan. Contohnya kalau dia minat swimming, bawaklah dia pegi swimming. kalau minat kuda, bawaklah pegi kelab kuda, jangan main slot kuda pulak.. Bakat dia hanya boleh berkembang kalau buat semua aktiviti ni secara "real" bukan hanya dengan belajar membaca buku "Bagaimana menunggang kuda".. memang takdelaa..
3. Kalau ko nak menerangkan sesuatu, biarlah benda yang dia boleh pegang atau rasa. Contohnya, kau nak bagitahu api tu panas.. bila ko cakap kat dia "jangan pegang cerek tu, panass..." mesti dia buat tak tau je.. tapi ko amik cerek tu.. amik kain buruk.. letak atas cerek.. sampai ko rasa panas dah lekat kat kain tu.. ko letak kain tu kat tangan dia.. mesti dia terlompat.. barulah ko cakap.. "haa.. panas kan...".. jangan ko suruh dia sentuh cerek panas pulak..
4. Kalau dia minat main bola, ko selalu tengok bolasepak sama2 dengan dia.. pastu nanti masa main dengan dia petang2.. ko suruh dia guna skill yang dia tengok kat TV, mesti ko terkejut.. sebab dia boleh dribble ko macam messi.. cayalah...
5. Kalau dia minat nak masuk apa2 selection sekolah, ko galakkanlah dia join... kalau tak terpilih pun takpe.. at least.. suruh dia berlatih sebelum pemilihan.. ini macam motivasi untuk galakkan dia supaya berlatih bersungguh-sungguh supaya terpilih.. kalau dapat.. bakat dia akan berkembang lagi..
Cukup kot..
No comments:
Post a Comment