Pages

Penulis di Facebook

Wednesday, 1 January 2014

(4) Jangan beza-bezakan anak! Ibubapa perlu kenal kelebihan mereka.

Biasa untuk mak bapa membandingkan pencapaian anak-anak dengan sape saje di sekeliling mereka. Tengok anak jiran sebelah petah bercakap, mula nak banding anak sendiri yang tak pandai bercakap. Tengok anak sedara boleh hafal Quran umur 5 tahun, mula nak banding anak sendiri still tak pandai baca Quran. Tengok anak orang kat shopping complex duduk diam-diam takde nak merengek2 macam anak kita, mula nak banding dengan anak sendiri yang asyik nak melompat tak duduk diam. Tengok anak abang yang pandai main piano, kita pun mula nak banding anak sendiri yang memang main tekan je.. langsung takde melodi.. semuanya nak dibandingkan.. biasalah.. bila kita nak yang terbaik.. selalulah membanding dengan yang terbaik.. tak salah.. tapi kadang-kadang, kita tak sedar kita terlampau menekan anak-anak untuk ikut kehendak kita.. jarang bagi peluang untuk dia mengeluarkan "kepandaian tersendiri" yang dia miliki.. kita pun kadang-kadang tak perasan.. ibarat nak suruh ikan cekap memanjat pokok macam monyet.. memang takkanlah.. sampai kiamat.. kecuali diizinkan Allah..

 Anak-anak ada kepandaian masing-masing (Pic from www.freemalaysiatoday.com)


Oklah, untuk memerhatikan apa sebenarnya "kelebihan" yang dimiliki oleh anak-anak kita, supaya mudah untuk kita support dan galakkan dia menggunakan sepenuhnya kelebihan tu, cuba kita tengok apa jenis-jenis kepandaian yang wujud mengikut "Teori Multiple Intelligence" oleh Gardner.

Pertama, anak kita Ahmad ni, bila kita cakap dengan dia, dia dengarrr je.. tengook je muka kita.. bagi perhatian sepenuhnya.. bila kita tanya, dia akan jawab.. bila masa lapang, kita tengok dia memang tak lekang dengan buku, sentiasa bawa buku kemana-mana pun dia pergi.. kalau jumpa kertas dan meja, mungkin dia akan menulis sesuatu tentang diri ke, tentang keluarga ke, dengan ayat yang sedap dibaca.. boleh difahami.. disebabkan kedua-dua habit ni, biasanya dia ni memang ingattt je dengan apa yang kita cakap, dan ingat dengan apa yang dia baca. Pendek kata, dia memang boleh bercakap dan menulis dengan sangat baik. Kadang2, bila dengar jiran Cina sebelah rumah becakap, dia siap boleh ajuk2 dan gunakan semula ayat tu.. sampai jiran sebelah rumah pun boleh kata "pandai aaa anak you cakap cinaa..".. Ahmad ni, kalau hantar ke kelas bahasa Arab, memang cantik, sebab memang dia akan cepat tangkap, dan boleh bertutur dengan baik nanti. So, Ahmad ni, kategori budak yang ada "linguistic intelligence" @ kecerdasan linguistik/bahasa.

Kedua, anak jiran sebelah yang cina tadi, See yew Soon (SYS) namanya. Dia ni kalau suruh pegi kedai tolong belikan apa-apa memang balance duit bawa balik mesti betul, sebab dia pandai mengira. Kalau janji nak main dengan Ahmad pukul 5, mesti pukul 5 dah ada depan pintu pagar, sebab pandai baca jam. Bila ajak bersembang pasal dinasour ke, dia tak suka, sebab dia suka benda teknologi, mcam ipad ke, computer games ke.. baru dia layan.. kalau buat matematik kat sekolah memang sentiasa kacang.. so sys ni kira ada "logical/mathematical intelligence".

Ketiga, anak lelaki no. 2 kita ni memang lasak sikit, Iman, kalau kita kata jangan pegang.. dia mestiiii nak pegang.. kalau kita kata nak ajar guna camera kita yang canggih tu, kalau setakat nak ajar snap gambar, dia takkan nak setakat tu.. mesti dia nak picit dan try semua button yang ada pada kamera tu.. dia ni kalau bagi lego memang raliklah dia.. boleh duduk mengadap benda tu berjam2.. senang cite, dia ni kalau boleh, nak buat apa pun tak boleh pakai suruh je, mesti nak kena tunjuk, dan nak kita tengok dia buat.. biasanya dia akan lebih ingat apa yang dia buat berbanding apa yang dia cakap dan apa yang dia tengok.. Iman ni jatuh kategori "Bodily/Kinesthetic Intelligence". Kalau budak macamni suruh belajar bertukang.. lama2 mesti boleh jadi tukang rumah yang hebat..

Keempat, anak perempuan sulong ni, Zulfa, dia tak suka membaca, tak suka buat, tapi lebih suka duduk dan tengoookkk je apa orang lain buat. Tapi rasanya, dia bukan sekadar tengok.. tapi siap memerhati dengan teliti.. sebab, pernah kita pergi hospital tengok orang sakit.. dia tengookk je wayar2 yang berselirat dekat katil orang tu, tapi tak cakap apapun.. bila sampai je rumah.. terus dia tanya.. kenapa air yang dalam tiub tu.. jatuh titik titik, kenapa tak masuk terus dalam badan..?? Haaa.. nganga gak kita nak jawab.. pastu, budak ni kalau bab cam mengecam memang hebat.. walaupun baru tengok orang sekali, tapi terus boleh kenal.. boleh bezakan bentuk, warna, dan sangat teliti dan obses dengan pemandangan menarik.. kebiasaannya budak macam ni berfikir macam ada TV dalam kepala.. dia boleh ceritakan semula pada kita sebijik sebijik sama macam apa yang dia nampak.. budak ni, kalau waktu terluang, dia memang suka conteng2 (termasuklah conteng dinding tu..) melukis, mengecat, menoreh, mengukir, atau lipat2 origami yang boleh nampak jadi macam2 bentuk.. budak ni ada kepandaian "Visual/Spatial Intelligence", boleh jadi arkitek yang hebat kalau dibentuk dari kecik..

Kelima, Raju, kawan zulfa kat sekolah ni, kalau dengar bunyi-bunyi, dia mesti akan pasang telinga dengar betul2.. tak kisahlah bunyi suara orang ke, bunyi daripada pokok-pokok sekeliling ke, dan juga muzik yang biasa dengar kat radio tu. Kalau bagi tong biskut kosong pun, mesti dia asyik nak ketuk tin tu sampai keluar alunan muzik yang sedap telinga mendengar.. kalau orang lain ketuk mungkin bunyi bising, tapi kalau dia ketuk, memang boleh layanla.. macam lagu etnik gitu.. biasanya dia ni memang tak boleh lekang dengan muzik, ipod memang 16 jam kat telinga, itupun sebab lagi 8 jam guna untuk tidur.. kadang2 boleh lelap dengan ipod kat telinga.. dia ni kalau nampak gitar, piano, drum, waima gamelan sekalipun mesti nak join main.. biasanya raju ni pandai menyanyi dan boleh main instrumen muzik dengan baik.. boleh katakan Raju ni ada "Musical Intelligence", kalau latih, boleh jadi komposer lagu terkenal, or penyanyi meletup macam Anuar Zain.

Keenam, Zahraa, dia ni agak rapat dengan mak bapak. Even kalau jiran-jiran ke, kawan-kawan parents dia datang rumah pun, dia boleh duduk sama-sama siap join diorang sembang. Kalau orang tua dulu, memang tak bagi, "jangan sibuk dengar orang tua sembang". Tapi jenuhla suruh pergi main dengan orang lain. Tetap taknak jugak. Kalau kat sekolah pun memang suka berkawan. Suka bersembang. Rajin ajak orang lain main sama-sama. Agak popular jugakla kat sekolah. Dia ni kalau besar sikit, memang boleh jadi kaunselor, motivator, mentalist, consultant, or apa2 yang berkaitan dengan masalah orang, sebab pandai baca perasaan orang, fikiran orang, kelakuan orang, dan gaya hidup orang. Kalau masuk pertandigan bercerita, mesti penuh emosi, dan menjiwai sampai penonton boleh nangis. Kalau bercakap depan orang, boleh rileks je, walaupun sorang2 atas pentas. Dia ni kalau jadi ahli politik.. memang ramai pengikut.. budak ni ada "Interpersonal Intelligence", kalau selalu buat baik dengan orang, memang semuaaaa orang sayang..

Ketujuh, Ayash, kawan baik iman kat sekolah, budak ni, nampak biasa je, kalau tengok dari luar, memang takde apa yang special. Tapi, kalau bagi kerja rumah kat dia, contohnya suruh basuh pinggan kat dapur, memang dia akan terus buat, tanpa tanya apa-apa. Kalau kita tanya dia, kenapa nak tolong kat dapur? dia akan cakap, sebab tolong orang dapat pahala. Sejuuukk perut mak dia mengandung. Kalau dia kena buli kat sekolah pun (yang biasa je), dia tak membalas balik, boleh buat rileks bila sampai rumah macam takde pape berlaku. Boleh control perasaan dia. Kalau suruh baca buku nak exam, dia terus amik buku baca.. kalau kita suruh rehat kejap, dia akan kata "takpelah, ada sikit lagi nak baca.. sebab nak dapat no.1 dalam kelas".. Kalau suruh dia tolong menyapu kat luar rumah, dia boleh buat sorang-sorang walaupun takde sapa tolong. Biasanya memang susahla nak jumpa budak yang macamni, mungkin kalau ada pun, dah besar sikit, sekolah menengah ke.. tapi nak dapat hasil masa sekolah menengah, mestilah mak bapa dah train daripada kecik kan.. budak macam ni, dia ada "Intrapersonal Intelligence". Dia hanya tahu, nak buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Kelapan, Sara, kawan baik zahraa, dia ni pantang jumpa pokok, bunga2, tumbuhan, semak samun, binatang, serangga, semuanya dia boleh kenal. Dia ni satu lagi, sangat takjub bila tengok bahagian-bahagian badan pada manusia. Tengok mata, tanya kenapa mata macamni, tengok tangan, kenapa tangan gerak2, tengok kaki, kenapa kaki panjang, bila makan, tanya macamana perut proses makanan.. dia memang suka apa saja yang berkaitan alam ni.. kalau jalan dalam hutan, dia tahu jalan mana nak lalu, tahu pokok apa ada sarang burung, dan tengah syok2 jalan, dia boleh cakap jom balik.. nak hujan! padahal kita tengok terang benderang.. tapi sungguh.. tak lama lepas tu.. hujan.. biasanya budak ni memang mementingkan kesihatan.. boleh kata dia ni ada "Naturalist Intelligence". Sangat suka dengan alam.

So, daripada semua kepandaian ni, biasanya, budak2 ni boleh dikatakan ada semua kepandaian ni masa diorang kecik.. cuma kadang2 orang dewasa yang menghadkan kepandaian tersebut.. sebab kita pun tak tahu yang tanda2 tu menunjukkan diorang ni ada "something" yang boleh digilap.. betullah kata Nabi Muhammad (Selawat ke atas baginda), setiap anak itu ibarat kain putih, mak bapaklah yang mencorakkan.. walaupun penjelasan tafsir agak berbeza dan lebih mendalam.. tetapi dari sudut kepandaian anak2.. inshaa Allah, kita boleh perhatikan dan beri galakan..

No comments:

Post a Comment