Baguslah macamtu.. kan membaca jambatan ilmu.. orang pandai cakap, kalau nak jadi bijak, kena baca banyak buku..
kenapa eh?
sebab... kalau tak baca buku, just belajar sendiri semua benda, kita boleh jadi bijak jugak, tapiii kalau kita baca buku, kita tak payah nak susah payah belajar sendiri, sebab semua yang penulis tu tulis dalam buku, dia sendiri belajar susah payah selama bertahun-tahun, kita cuma perlu baca tak sampai seminggu dah boleh dapat ilmu yang sama.. siap sambil baring lagi..
hohoho.. betul gak eh.. menimba ilmu sambil baring.. menarikk..
Oklah, untuk anak ko yang suka membaca tu, kalau ko nak galakkan dia terus membaca.. adalah beberapa tips kalau ko nak buat.. inshaa Allah boleh diamalkan..
Baca buku ni hobi orang bijak.. (Pic from ILuvIslam.com) |
Orait, aku dengar..
1. Kalau dia ada tanya kat ko pasal kisah rasulullah ke, kisah nabi ke, macamana perjuangan nabi, macamana nabi hijrah, atau apa sahaja kisah-kisah yang dia tanya, ko cariklah buku yang ada menceritakan tentang benda tu. Kalau buku kisah rasulullah atau nabi-nabi ni memang banyak dah nampak kat kedai buku. Kalau dulu, memang banyak yang untuk dewasa je.. sekarang dah ada yang untuk kanak-kanak, siap ada illustrasi, warna2 menarik lagi.. so, ko belikanlah, suruh dia baca.. ko jangan ceritakan.. suruh dia baca sendiri..
2. Lepas dia dah baca, jangan biarkan dia dok diam je.. ko suruh pulak dia ceritakan balik pada ko apa yang dia baca.. kalau boleh suruh dia gayakan macam budak2 yang masuk pertandingan bercerita kat sekolah tu, manalah tahu, bila dah biasa, ko boleh galakkan dia masuk pertandingan bercerita pulak. So, bila ko rajin dengar dia bercerita, mesti dia nak baca lagi banyak buku.. sebab ko rajin dengar apa yang dia baca.. dia mesti tak sabar nak bercerita setiap kali habis baca buku..
3. Kalau dia dah boleh baca buku, sekali sekala ko suruhla dia baca pantun ke, sajak ke, gurindam ke, kisah klasik melayu ke, omputih ke.. sebab bahasa-bahasa klasik ni biasanya indah.. (blog ni terkecuali..) kalau dia tak faham, ko terangkanlah.. kalau ko pun tak faham.. suruh dia tanya cikgu dia kat sekolah.. kat situ je ko dah ajar dia kepandaian "mencari ilmu". Lepas ni, dia tahu macamana nak cari jawapan kalau dia tak faham sesuatu.
4. Kalau ada pesta buku ke, ko bawaklah anak ko pergi membeli buku dia sama-sama. Biasanya dia ada genre pilihan dia sendiri. Kalau boleh, ko controlla dari beli novel2 cinta banyak sangat, sebab tak sesuai citer2 cinta ni ngan diorang.. boleh berkhayal banyak.. biarlah cerita yang memberi motivasi belajar ke, apa2lah janji bukan cintalah.. (pandangan aku..)
5. Kalau dia minat mana2 pengarang buku, ko bawaklah dia pergi jumpa penulis tu.. kadang2 diorang ni memang ada kat mana2 pesta buku ataupun promosi buku baru kat kedai buku.. ko supportlah diorang cari penulis yang diorang minat.. ataupun ko boleh suruh dia cuba menulis emel kepada penulis.. ataupun sekarang ni kan zaman facebook.. ko boleh cari profail penulis dan suruh dia add dalam fb dia.. suruh dia tulis something pada penulis.. kalau penulis repy.. diorang mesti lagi semangat nak membaca..
6. Kalau dia dah mampu menulis, korang galakkanlah dia menulis.. mungkin dia boleh menulis dalam fb dia sendiri pun takpe.. suruh dia luahkan apa yang dia faham daripada apa yang dia baca.. guna ayat dia sendiri.. mula2 memangla banyak kekurangan, nanti lama2 improvela tu.. (aku pun tak pandai sangat menulis..) kalau dah sedap dibaca, boleh suruh dia try hantar kat mana-mana majalah, macam dewan pelajar ke, kalau disiarkan, mesti dia dapat motivasi..
7. Kalau dia minat dengan pementasan sekolah ke, ko galakkanlah dia tulis skrip-skrip drama. Ko ajarlah sikit skill selalu nonton sinetron ko tu pada dia.. suruh dia tulis babak demi babak.. kalau ada kelemahan, ko nasihatkanlah apa yang perlu ditambah atau tak perlu.. nanti lama-lama mana tahu boleh menulis skrip drama bercorak keislaman..
So, far, ko trylah dulu tips2 ni.. kalau ada idea lagi.. nanti aku citer..
No comments:
Post a Comment