Apa perbezaan otak manusia berbanding Hard Disk dalam komputer?
Dahulu, orang sering berkata otak berfungsi seperti komputer.. sebenarnya dulu, masa saintis mula2 mengkaji pasal otak, sekitar 50-an hingga 60-an, memang diorang cakap otak berfungsi macam komputer, sebab cara otak memproses maklumat yang diterima ala-ala mirip komputer. Tetapi hakikatnya, komputerlah yang meniru cara otak berfungsi. Sehingga sekarang, masih banyak kelebihan otak yang tidak dapat ditiru oleh komputer.
Dahulu, orang sering berkata otak berfungsi seperti komputer.. sebenarnya dulu, masa saintis mula2 mengkaji pasal otak, sekitar 50-an hingga 60-an, memang diorang cakap otak berfungsi macam komputer, sebab cara otak memproses maklumat yang diterima ala-ala mirip komputer. Tetapi hakikatnya, komputerlah yang meniru cara otak berfungsi. Sehingga sekarang, masih banyak kelebihan otak yang tidak dapat ditiru oleh komputer.
Antara keunikan otak ialah, otak boleh berfikir dengan dipengaruhi oleh perubahan emosi pada manusia. Manusia boleh berfikir berbeza, mengikut emosi yang sedang dialami. Berbeza dengan komputer yang langsung tidak dipengaruhi emosi. Thats why, kalau orang yang buat keputusan tanpa ambil kira emosi, kita panggil ROBOT!
Satu lagi, otak sebenarnya menerima beribu-ribu data atau maklumat yang perlu disimpan setiap hari, tetapi hanya tak sampai 1% yang disimpan di dalam memori dan selebihnya dilupakan.. sebab..? sebab otak hanya akan menyimpan maklumat yang signifikan dan memberi makna kepada kita, dan selebihnya akan dilupakan.. ada yang mesti kata, kenapa otak tak boleh ingat semua?? Haaa.. cuba bayangkan kalau otak boleh simpan semua yang korang lalui setiap hari.. sampai bila masa korang korek hidung pun dia boleh hafal dan simpan.. tak ke parah tu.. dari sekecik2 benda sampai sebesar2 benda semua dia simpan... memang Allah ciptakan otak boleh "terlupa" supaya manusia tidak hidup dalam tekanan.. cuba bayangkan kalau orang tu putus cinta.. dan langsung tak boleh nak lupakan.. kan susah tu.. ada perkara kena lupakan.. untuk kita move on..
Otak ni ada RAM, macam dalam komputer korang... tapi untuk otak.. kita panggil Short-Term Memory (STM).. STM ni guna dia untuk proses maklumat yang dapat melalui pancaindera kita macam, apa dilihat mata, apa didengar telinga, apa dihidu hidung, apa dirasa kulit, apa dijilat lidah, apa dibuat badan, apa dimakan mulut, dan sebagainya..
STM akan proses maklumat yang dapat ni, untuk simpan dalam Long-Term Memory (LTM), ataupun lupakan je.. sebab tak penting.. sebabnya.. STM ni tak besar.. macam jugak RAM komputer.. ada komputer RAM besar, ada komputer RAM kecik.. mana yang RAM besar, boleh proses cepat, mana yang RAM kecik, slow motion la jawabnya.. kalau orang pun camtu jugaklah.. mana yang STM besar, cepatlah prosesnya, mana yang STM kecik, lambatlah prosesnya.. thats why kalau buat lawak.. ada yang belum habis buat lawak dah gelak, dan ada yang dah masuk hari ketiga baru faham lawak tu.. kesiann.. gelak sorang2...
Ada kajian yang kata, sapa yang STM besar ni IQ tinggi.. sapa yang STM kecik, IQ rendah.. sebab tu kita tengok, ada setengah orang, boleh fikir sepantas kilat dalam apa pun keadaan.. sebab dia boleh proses banyak maklumat sekaligus.. tapi ada yang susah nak buat keputusan.. walaupun dah berbulan2 bagi masa buat keputusan.. sebab nak proses maklumat.. satu.. satu.. satu.. sampai tak siap2..
Kalau nak order otak-otak.. boleh call student saya ni (Shukri) .. Jamin Sedap!! |
Thats why, untuk kurangkan jammed dalam kepala, macam2 teknik orang buat untuk mengingat dan "keluarkan" sekejap apa yang ada dalam kepala ke alam nyata.. supaya, bila korang tengok semula nanti.. korang boleh fikirkan semula.. contohnya, ada orang tulis idea2 baru dalam buku nota kecik, ada yang buat to-do-list atas sehelai kertas tampal kat dinding, ada yang tulis satu task atas satu stick note then tampal kat dinding, pastu susun banyak2.. kalau buat macamni, korang akan nampak betapa banyaknya benda yang bersarang dalam kepala.. so, bila dah keluarkan semua yang difikirkan atas kertas.. korang dah tak perlu risau or takut terlupa apa yang korang tengah fikir.. sebab semua dah tulis..
Korang dah boleh fokus fikir satu demi satu... sampailah semuanya dapat diselesaikan... takdelah semuanya duduk dalam kepala, pastu nak fikir serentak.. memang pengsanlah.. berdenyut2 rasa kepala kann..??
Selain daripada tu, korang kena ingat.. RISAU juga adalah penelan RAM dalam kepala korang... ikut kajian.. RISAU memang mengambil sebahagian daripada RAM yang korang ada untuk proses benda yang korang tengah fikir.. contoh... korang tengah fikir macamana nak habiskan baca buku, sebab esok dah nak exam, banyak lagi nota nak baca.. dalam masa sama, korang jugak risau takut tak habis baca buku.. so, korang tengah guna separuh otak untuk baca buku, dan separuh otak untuk risau tak sempat habis... so.. RAM jadi sikit.. makin slowlah korang membaca buku.. dan dapat fikir apa yang tengah korang baca.. thats why, ikut motivator.. daripada habiskan masa untuk risaukan sesuatu.. baiklah awak fokus terus kepada baca apa yang perlu dibaca... dan buang kerisauan tu jauh2.. at least.. sepenuh otak digunakan untuk membaca.. maknanya korang dah membaca 2X lebih banyak dan cepat daripada masa risau tadi.. hasilnya... sempatlah korang habis baca buku... saya biasa jumpa semua student ada penyakit ni.. RISAUUUUU tak sudah2.. tapi buatnya tak jugakk.. kalau buat.. kerja dah siap dah pun.. tak payah risau.. ni dok risau.. kerja pun tak siap.. lagi TAMBAH RISAU...
So, lepas ni.. rileksss je... tenang.. buang risau jauh2.. fokus dan fikir hanya pada apa yang korang nak buat.. then.. buat satu demi satu.. bukan semua serentak.. kalau takut lupa.. tulis.. itulah gunanya pen dan kertas.. (kalau aku, memang sukaaa guna stick note...). Inshaa Allah.. otak korang akan kurang jammed.. tapi lebih cekap bekerja...
~OTAK FOKUS, BANYAK SIAP.. OTAK HANCUSS, MASA DEPAN GELAP..~
No comments:
Post a Comment