Pages

Penulis di Facebook

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

(5) Anak-anak suka membaca? Tips galakkan lagi!

Bro, aku ada baca ko tulis pasal "multiple intelligence" hari tu.. tapi masa tu ko just cakap je macamana tanda-tanda budak tu ada kepandaian yang macam-macam tu.. tapiii macam aku ni.. aku nampak anak aku memang suka sangat baca buku.. kalau dapat buku tu.. memang dia boleh hadap sampai khatam.. dalam sehari je..

Baguslah macamtu.. kan membaca jambatan ilmu.. orang pandai cakap, kalau nak jadi bijak, kena baca banyak buku..

kenapa eh?

sebab... kalau tak baca buku, just belajar sendiri semua benda, kita boleh jadi bijak jugak, tapiii kalau kita baca buku, kita tak payah nak susah payah belajar sendiri, sebab semua yang penulis tu tulis dalam buku, dia sendiri belajar susah payah selama bertahun-tahun, kita cuma perlu baca tak sampai seminggu dah boleh dapat ilmu yang sama.. siap sambil baring lagi..

hohoho.. betul gak eh.. menimba ilmu sambil baring.. menarikk..

Oklah, untuk anak ko yang suka membaca tu, kalau ko nak galakkan dia terus membaca.. adalah beberapa tips kalau ko nak buat.. inshaa Allah boleh diamalkan..


 Baca buku ni hobi orang bijak.. (Pic from ILuvIslam.com)

Orait, aku dengar..

1. Kalau dia ada tanya kat ko pasal kisah rasulullah ke, kisah nabi ke, macamana perjuangan nabi, macamana nabi hijrah, atau apa sahaja kisah-kisah yang dia tanya, ko cariklah buku yang ada menceritakan tentang benda tu. Kalau buku kisah rasulullah atau nabi-nabi ni memang banyak dah nampak kat kedai buku. Kalau dulu, memang banyak yang untuk dewasa je.. sekarang dah ada yang untuk kanak-kanak, siap ada illustrasi, warna2 menarik lagi.. so, ko belikanlah, suruh dia baca.. ko jangan ceritakan.. suruh dia baca sendiri..

2. Lepas dia dah baca, jangan biarkan dia dok diam je.. ko suruh pulak dia ceritakan balik pada ko apa yang dia baca.. kalau boleh suruh dia gayakan macam budak2 yang masuk pertandingan bercerita kat sekolah tu, manalah tahu, bila dah biasa, ko boleh galakkan dia masuk pertandingan bercerita pulak. So, bila ko rajin dengar dia bercerita, mesti dia nak baca lagi banyak buku.. sebab ko rajin dengar apa yang dia baca.. dia mesti tak sabar nak bercerita setiap kali habis baca buku..

3. Kalau dia dah boleh baca buku, sekali sekala ko suruhla dia baca pantun ke, sajak ke, gurindam ke, kisah klasik melayu ke, omputih ke.. sebab bahasa-bahasa klasik ni biasanya indah.. (blog ni terkecuali..) kalau dia tak faham, ko terangkanlah.. kalau ko pun tak faham.. suruh dia tanya cikgu dia kat sekolah.. kat situ je ko dah ajar dia kepandaian "mencari ilmu". Lepas ni, dia tahu macamana nak cari jawapan kalau dia tak faham sesuatu.

4. Kalau ada pesta buku ke, ko bawaklah anak ko pergi membeli buku dia sama-sama. Biasanya dia ada genre pilihan dia sendiri. Kalau boleh, ko controlla dari beli novel2 cinta banyak sangat, sebab tak sesuai citer2 cinta ni ngan diorang.. boleh berkhayal banyak.. biarlah cerita yang memberi motivasi belajar ke, apa2lah janji bukan cintalah.. (pandangan aku..)

5. Kalau dia minat mana2 pengarang buku, ko bawaklah dia pergi jumpa penulis tu.. kadang2 diorang ni memang ada kat mana2 pesta buku ataupun promosi buku baru kat kedai buku.. ko supportlah diorang cari penulis yang diorang minat.. ataupun ko boleh suruh dia cuba menulis emel kepada penulis.. ataupun sekarang ni kan zaman facebook.. ko boleh cari profail penulis dan suruh dia add dalam fb dia.. suruh dia tulis something pada penulis.. kalau penulis repy.. diorang mesti lagi semangat nak membaca..

6. Kalau dia dah mampu menulis, korang galakkanlah dia menulis.. mungkin dia boleh menulis dalam fb dia sendiri pun takpe.. suruh dia luahkan apa yang dia faham daripada apa yang dia baca.. guna ayat dia sendiri.. mula2 memangla banyak kekurangan, nanti lama2 improvela tu.. (aku pun tak pandai sangat menulis..) kalau dah sedap dibaca, boleh suruh dia try hantar kat mana-mana majalah, macam dewan pelajar ke, kalau disiarkan, mesti dia dapat motivasi..

7. Kalau dia minat dengan pementasan sekolah ke, ko galakkanlah dia tulis skrip-skrip drama. Ko ajarlah sikit skill selalu nonton sinetron ko tu pada dia.. suruh dia tulis babak demi babak.. kalau ada kelemahan, ko nasihatkanlah apa yang perlu ditambah atau tak perlu.. nanti lama-lama mana tahu boleh menulis skrip drama bercorak keislaman..

So, far, ko trylah dulu tips2 ni.. kalau ada idea lagi.. nanti aku citer..

Wednesday, 25 December 2013

(3) Tips beli buku yang sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun!

Bro, aku nak beli buku untuk anak2 aku.. yelah.. niatnya nak galakkan diorang ni biasa dengan buku sejak dari kecik lagi.. agak2 ko buku apa yang sesuai ehh..?

Owhh.. nak beli buku ni pun sebenarnya kena tengok peringkat umur.. sebab berbeza peringkat umur.. lain cara pembelajarannya.. lain cara diorang memahami sesuatu.. so, berapa umur anak ko?

Baru nak masuk 3 tahun..

Owhh.. kecik molek lagi.. bagus2.. niat murni ko tu aku sokong.. macamnilah.. aku taknak cite dari segi belajar membaca.. tapi aku nak citer dari segi "transfer of learning"..

uihh.. apa benda tu bro..?

maksud dia.. keupayaan anak ko untuk memahami apa yang dia nampak dari dalam buku, belajar sesuatu daripada situ, dan kaitkan dengan apa yang dia akan jumpa di alam sebenar...

Buku Bergambar Foto (Picture from www.smilebooks.com)


owhh.. menarik tu.. so, apa pandangan ko..

ok, mengikut artikel yang aku baca, antara buku yang bagus untuk budak2 sebaya anak ko ni adalah buku bergambar. Buku bergambar memang bagus untuk perkembangan kognitif anak-anak kita.. sebab sambil-sambil ko bercerita dengan membaca isi buku, gambar yang ada kat setiap page tu akan bagi bayangan kepada apa yang ko cerita pada anak ko.. so, boleh membantu dia untuk berimaginasi..

Cuma.. ada 3 jenis buku bergambar yang biasa terdapat di pasaran.. kalo ko selak2 buku kat MPH ke.. popular ke.. ko mesti perasan.. 1. buku bergambar lukisan kartun, 2. buku bergambar lukisan "real", maknanya kalau lukis orang, memang gambar orang, bukan kartun orang, then, 3. buku bergambar jenis foto, maksudnya memang gambar "real" yang ambik guna kamera.

So, ada beza ke buku2 ni..

Haa.. ni yang aku nak citer ni.. kalau ikut kajian psikologi, didapati.. buku bergambar yang gambar foto "real", memberi kesan yang lebih tinggi daripada yang lain-lainnya dari segi "transfer of learning" tadi..

Owwhhh.. sebab apa ehh.. kalau kita tengok.. macam samaaa je...

Haaa.. itu sebab kita memang dah tahu dah semua benda2 yang dibaca tu.. sebab kita dah banyak pengetahuan.. dah matang dah pun..
Tapii.. bagi budak2 sekitar 3 tahun ni.. kadang2 gambar yang dia nampak tu.. dia memang tak pernah nampak di alam sebenar lagi.. sebab biasanya diorang ni tak pernah pergi lawatan sekolah lagi.. hahaha.. banyak teperuk kat rumah penjaga or nurseri..
Soo, bila dia tengok gambar lukisan binatang contohnyaa, walaupun real, tapi dia tak boleh nak faham sepenuhnya, sebab dimensi berbeza, suasana berbeza, ukuran berbeza, sifat berbeza, lagilah kalau tengok kartun yang kadang-kadang beruang pun boleh nampak comel.. padahal hakikatnya.. binatang liar.. cuma.. buku bergambar foto ni adalah yang paling hampir menggambarkan apa yang dia nampak dalam gambar dengan rupabentuk sebenar haiwan di luar sana..
So, kalau ko nak kenalkan anak-anak ko dengan jenis-jenis haiwan or tumbuhan, better cari buku bergambar foto, dan ceritakan pada dia satu2.. pastu bila ko pergi zoo.. ko trylah tanya.. mungkin dia boleh jawab.. sebab dia kaitkan apa yang dia nampak dalam gambar dengan apa yang real di zoo..

Ooohh.. make sense jugak..

Tapiii aku pernah nampak yang buku jenis pop-up tu.. yang bila bukak boleh timbul tu.. keluar istanalah.. puteri menarilah..

owwh.. kalau jenis macamtu.. sebenarnya.. bagi budak2 baya anak ko tu.. kalau ikut kajian.. takde kesan besar sangat.. cuma dia menarik untuk ditengok je.. dari segi belajar something.. takde kesan yang signifikan.. lagi dia pelik sebab tengok princess jadi sekeping2.. hahaha..

Pendek kata, kenapa foto lebih baik dari segi "transfer" sebab, foto hampir sebijik sama macam "real world".. so, dengan mudah anak ko boleh kaitkan apa yang dia nampak dalam buku dengan apa yang dilihat di alam nyata..

Okeh.. faham.. tiba2 aku teringat... masa kecik dulu.. aku mati2 ingat Harimau tu sama besar dengan kucing.. sebab dalam buku gambar2 mak aku beli.. nampak comeell je.. nampak cuteee je.. rupa-rupanya besar macam lembu..

Hahahahahaha...

Kenapa ko gelak beria-ria ni..

Sebab aku pun sama macam tu.. siap berangan nak bela harimau dalam rumah.. hahaha...


~Buku bergambar foto lebih mudah diadaptasi oleh kanak-kanak lebih 3 tahun ke dunia sebenar~