Sedang sedap menikmati sarapan di meja makan, Zahraa berteriak mengangkat kedua tangan, “Bestnye sekolah hari ni!”
“Kenapa?” Abah mengerutkan muka. Setiap hari pun biasa je dia pergi sekolah. Cuma kali ni entah apa yang best.
“Sebab hari ni kelas cikgu Zuraini. Zahraa SUKA cikgu Zuraini ajar.”
“Apa yang bestnya kelas Cikgu Zuraini sampai Zahraa suka?”
“Cikgu Zuraini selalu buat aktiviti. Hari ni kan Zahraa kena bawa
buah-buahan. Cikgu nak buat main beli-beli.” Menunjukkan buah jambu yang
telah siap dibeli petang semalam.
“Oo, patutlah Zahraa suka. Dah, sambung makan. Nanti balik, cerita pada abah, best tak main beli-beli.”
Dia melajukan suapan. Tak sabar ke sekolah lah tu.
>>>
Mendengar anak suka dan sayang pada cikgu adalah satu kelegaan. Kita
lega kerana anak berada dalam tangan guru yang baik. Manakan tidak, 1/3
masa dalam satu hari, mereka akan bersama dengan guru-guru di sekolah.
Dari sekolah kebangsaannya hinggalah sekolah agama.
Jika
dicongak mudah, boleh dikatakan, 1/3 sikap mereka pada masa hadapan
ditentukan oleh masa bersama guru, ustaz dan ustazah (bersama
kawan-kawan), 1/3 oleh masa bersama ibu bapa, dan 1/3 lagi oleh
mimpi-mimpi mereka dalam tidur (otak masih bekerja walapun tidur, cuma
filem apa yang dimainkan sebagai mimpi tu kena nonton ‘Inside Out’
heheh.. )
Banyak kajian yang menunjukkan sikap anak terhadap guru
akan mempengaruhi minat dan usaha mereka di sekolah. Yelah kan, nama
pun minat, mestilah usaha akan jadi lebih. Minat dan usaha yang luar
biasa inilah yang membawa kejayaan pada pelajaran, terutamanya subjek
yang diajar guru itu.
Macam saya dululah, secara tak semena-mena
boleh dapat A bahasa Inggeris dalam ujian (sedangkan sebelum tu C pun
payah), hanya disebabkan cikgu praktikal yang ajar (cikgu praktikal kan
suka bawa props banyak-banyak dalam kelas + cikgu tu pun comel.. haha..)
Terbalik dengan kisah di atas, jika sikap anak terhadap cikgu, negatif,
maka lemahlah minat dan motivasi mereka dalam subjek itu.
Sifirnya mudah, apabila anak PERCAYA cikgu tu best, emosi anak juga
seronok dan teruja, maka tindakan akan secara automatiknya aktif.
Apabila anak PERCAYA cikgu tu boring, emosi anak juga lemah dan lemau,
maka tindakan akan secara automatik pasif. Terutama untuk anak-anak
tahap 1 (darjah 1 hingga 3) yang masih belum mampu memotivasi diri
sendiri (kadang-kadang sampai darjah 6 pun belum tentu).
Begitulah besarnya peranan guru. Pandangan saya, untuk mewujudkan
sekolah penyayang, cikgu tidak perlu menyambut anak-anak murid di pagar
sekolah (saya faham, ada pekelilingnya). Subjek masing-masing sudah
boleh menjadi ‘magnet’ yang menarik anak-anak ke sekolah.
Cikgu
hanya tunggu dan murid berlari mencari cikgu, “Cikgu, cikgu jom cepat
belajar.” Indah kan? (saya cuma kasihan pada cikgu yang perlu menyambut
ratusan atau setengahnya ribuan anak murid di pagar sekolah)
Pengalaman melayan 3 orang anak yang bersekolah, ada beberapa tanda menunjukkan cikgu mereka cikgu yang best!
1. Anak bersemangat ke sekolah – Bangun pagi hanya perlu kejut sekali
sahaja, terus bersiap. Tiada lemah lutut depan pintu kereta atau perlu
didukung walaupun kaki dah cecah lantai.
2. Anak sentiasa
bercerita tentang apa cikgu kata – Setiap kali berbual, ada saja
madah-madah pujangga cikgu kesayangan yang akan di’quote’. Cikgu cakap
macamni, cikgu cakap macamtu.
3. Anak risau bila kerja rumah
cikgu tidak disiapkan – Jika kerja rumah cikgu lain, mereka boleh rileks
je. Tetapi kalau cikgu feveret ni, memang dia akan kelam kabut siapkan.
Mereka mahu kelihatan ‘bagus’ di mata cikgu ini.
4. Anak ingin
beri hadiah semasa hari guru – Anak-anak merayu ke kedai buku untuk beli
hadiah cikgu. Mereka telah ada senarai cikgu yang bakal dapat hadiah.
5. Anak cari kelab yang dikendali cikgu itu – waktu aktiviti
ko-kurikulum, seboleh mungkin mereka akan pilih kelab yang cikgu feveret
ajar. Mereka menjadi ‘kipas susah mati’ cikgu itu.
Oh, saya tambahkan sikit lagi, saya juga perhatikan, terdapat beberapa persamaan pada ciri-ciri cikgu best!
1. Melayan lemah lembut – Mereka tahu bila anak-anak murid memerlukan
belaian. Apabila ada yang merajuk atau berkecil hati, mereka pandai
memujuk. Saya pernah melihat, cikgu yang berlutut untuk memujuk murid
yang sedang menangis kerana keputusan rendah. Win!
2. Kreatif
mempelbagaikan PDP – Ada sahaja aktiviti menarik dalam kelas. Tanam
pokoklah, buat kraftanganlah, jual buah-buahanlah, padahal subjek Bahasa
Malaysia. Menarik!
3. Tidak memalukan murid – Hanya murid yang
markah cemerlang ditunjukkan sebagai contoh untuk diikuti. Yang markah
rendah tidak dipaparkan, tetapi diberitahu secara peribadi untuk terus
usaha memperbaiki keputusan. Mereka tahu, kanak-kanak juga ada maruah
diri.
4. Tidak garang tetapi tegas – Anak saya selalu sebut,
“Cikgu Nazira takde marah-marah pun, tapi kalau dia suruh buat sesuatu,
semua orang cepat-cepat buat. Dia cuma cakap sambil berdiri tegak.”
(yang saya faham, tegaslah kot)
5. Guru sentiasa ada cerita
positif tentang anak – Setiap kali bertemu cikgu best! Cerita yang akan
diceritakan mesti cerita-cerita yang best. Jarang akan dengar mereka
merungut tentang anak-anak. Dalam setiap perbualan, cikgu best! akan
mulakan dengan kebaikan anak-anak di sekolah.
Jika dalam cerita
sekolah anak-anak kita terdapat kisah cikgu-cikgu yang ada ciri-ciri
disebutkan, berbaik-baiklah dengan cikgu itu. Santuni mereka. Memang
mengajar itu tugas mereka, tetapi personaliti dan usaha mereka itu wajar
diangkat di tempat yang tinggi.
Insya-Allah, mereka akan rasa sangat dihargai.
:)
#drMAK
Saturday, 17 October 2015
Wednesday, 14 October 2015
(90) Projek Gagal, Tetapi Raih Penghormatan
Malam itu. Dia
berjalan longlai memasuki rumah setelah pintu dibuka anak-anak. Wajahnya
kusam tidak bercahaya. Beg pakaian hanya diangkat setakat muka pintu
bilik. Kemudian, sofa dihenyak perlahan.
Baru pulang selepas tiga hari outstation menguji sistem baharu. Mungkin kepenatan.
“Macamana project testing?”
Tiada jawapan. Mata memandang dinding. Wajah yang kusam bertukar kemerahan. Akhirnya yang ditahan, berderai.
Dari ‘hujan’ itu, dapat diagak apa jawapannya. Biarlah dia. Keadaan itu sangat tidak sesuai untuk diasak soalan lain. Biarkan dia bersendirian.
Anak-anak juga seakan memahami. Masuk ke bilik menyambung aktiviti.
Selepas bertenang, dia mula bersuara, “Esok kena buat post-mortem. Mesti semua orang akan menyalahkan satu sama lain. Projek dah gagal macamni, siapa yang nak bertanggungjawab. Mesti semua lepas tangan.” Masih ada ombak di dada.
Dia menyambung, “Dahlah ini KPI tahun ni. Habislah performance tahun ni.”
“Tak boleh ke minta extend lagi tempoh projek?” Cuba mengendurkan ketegangan.
“Entahlah.” Jawapan separuh tidak yakin.
“Apa kata buat cara lain masa mesyuarat esok. Tak perlu buat post mortem. Tetapi buat Hansei.” Mengutarakan cadangan yang boleh membantu.
“Hansei tu apa?” menunggu penjelasan selanjutnya.
Hansei diterangkan secara ringkas kerana yang mencadangkan juga belum pernah melakukan.
“Hmm.. ada ke orang yang nak mengaku salah sendiri?”
“Cubalah. Belum cuba, belum tahu.”
__________
Esoknya.
Di bilik mesyuarat, setiap seorang diberikan stick notes. Masing-masing pelik dan memandang satu sama lain sambil mengunjuk-unjukkan stick notes masing-masing. Terpinga-pinga apa yang perlu dibuat. Ini mesyuarat atau kursus?
“Sekarang, saya bagi masa 5 minit untuk fikir tentang apa yang berlaku pada projek kita semalam. Cuba fikir untuk diri masing-masing. Apa kelemahan diri kita yang menyebabkan peristiwa semalam berlaku.
Tulis dan tampal di dinding sebelah sana.” Sambil menunjukkan dinding putih di sebelah kiri.
Kelihatan masing-masing memandang satu sama lain kehairanan. Namun, bungkusan plastik stick notes terus dikoyak dan ada yang telah mula menulis walapun agak terkejut mulanya.
“Ada sesiapa yang nak tampal dulu?” Memandang ahli mesyuarat dari kiri ke kanan.
“Baiklah, saya tampal saya punya.” Dia bangkit dan bergerak menampal stick notes di dinding.
Yang kedua mula mengikuti, diikuti seorang demi seorang dan semakin ramai yang bangun menampal stick note masing-masing.
Mula kedengaran bunyi-bunyi keceriaan. Dah lama tidak menampal agaknya.
“Baik, sekarang, jom kita semua bangun dan lihat ke dinding. Cuba baca, apa punca yang menyebabkan rakan kita tidak boleh melaksanakan tugas mereka.
Kita boleh hentam mereka kerana kelemahan mereka atau kita boleh bantu mereka. Pilihan di tangan kita. Tetapi pilihan pertama tidak akan membawa apa-apa makna.
Sekarang, kita telah pun tahu kelemahan masing-masing. Sebagai satu pasukan, kita cuba bantu satu sama lain.”
Semua mula bercakap antara satu sama lain. Selang beberapa minit, semua sudah kembali duduk di meja mesyuarat.
“Mulai hari ini, kita dah tahu kekuatan dan kelemahan rakan-rakan kita. Kita fikir ke depan. Untuk kegagalan semalam, biar saya yang berhadapan dengan CEO.
Semua yang tertampal di dinding itu, akan saya tanggung sebagai satu pasukan. Saya akan berjumpa CEO bersama Pengurus projek.”
___________
Petang itu, pengurus projek memanggil dia dan semua ahli projek. Masing-masing berdebar menunggu keputusan CEO tentang projek mereka.
Pengurus projek kelihatan menarik nafas panjang sebelum menuturkan kata.
“Sepanjang saya menguruskan projek di syarikat ini, tidak pernah saya jumpa ketua projek yang berani menanggung kegagalan projek di hadapan CEO.
Kebanyakannya akan menuding jari dan menyalahkan anak buah masing-masing apabila projek tidak mencapai sasaran.
Tetapi dia, tanpa ragu meletakkan seluruh kegagalan projek atas bahunya.
Saya tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan. Tetapi anda semua beruntung mendapat ketua projek yang begini.
Disebabkan itu, CEO bersetuju memanjangkan lagi tempoh 2 bulan untuk projek ini diselesaikan juga.”
Tanpa dipaksa. Semua ahli berdiri memberi tepukan dan bersalaman mengucap tahniah.
Ketua projek ‘hujan’ lagi.
>>>
HANSEI
Semua ahli mesyuarat ‘bertaubat’ dan menginsafi kesilapan dan kesalahan masing-masing sebelum memulakan mesyuarat.
Apabila mesyuarat bermula, masing-masing menceritakan kesilapan masing-masing dan memberi cadangan bagaimana dapat melakukan ‘kaizen’ (penambahbaikan) dalam tugasan seterusnya.
Semua ahli berfikir untuk ‘jalan terus’ bagi memastikan projek berjaya dan tidak mengenang kesilapan terlalu lama.
Kaedah ini mengelakkan hentam menghentam dan saling menyalah satu sama lain seperti amalan ‘post-mortem’ hingga menjejaskan keharmonian antara ahli pasukan.
__________
Kisah ini berlaku di luar jangkaan saya. Saya ‘Hujan’ juga.

Labels:
hansei,
kecewa,
post-mortem,
projek gagal,
tuding jari
Monday, 12 October 2015
(89) Sebungkus Keropok Untuk Makan Malam
Petang itu, memandu kereta pulang dari #Seminar3P agak kelam kabut kerana masih belum menunaikan solat Asar. Warna langit semakin gelap.
Alhamdulillah, dalam laluan menghala ke Ampang kelihatan papan tanda besar stesyen minyak Petronas. Petronas Lot 279, Ulu Klang.
Kereta dibelok ke kiri, berhenti dan keluar berjalan laju mencari surau melintasi makcik menjual keropok yang bersandar di dinding luar kedai Mesra memerhati orang lalu lalang di hadapannya.
Selesai salam terakhir, barulah lega dan tenang kerana solat telah dilaksana. Dari sudut tersorok dinding surau, makcik keropok masih duduk di tempatnya.
Saya mengeluarkan dompet dan membelek wang yang tinggal. Tidak berapa banyak tunai yang tinggal. Keputusan dibuat, tak perlu membeli.
Walau bagaimanapun, mahu tak mahu, saya perlu melintas makcik keropok untuk ke kereta.
Saya berjalan menunduk kepala melintasinya kerana bimbang disapa, tetapi entah kenapa saya memusing kepala untuk melihat wajah makcik keropok dan tiba-tiba dia mengangkat kepala yang sedang tunduk lalu terseyum meleret. ‘Ah sudah, nak buat muka macamana ni.’
Dengan malu-malu saya menyapa, “Makcik jual keropok jenis ikan apa eh?” itulah soalan terbaik saya rasa untuk memulakan perbualan.
“Oh, ada ikan parang dengan ikan tamban. Kalau yang nipis, ikan parang. Kalau nak rasa ikan lebih, ikan tamban.”
Saya mengangguk-angguk. Otak ligat berfikir, apa soalan seterusnya.
“Keropok tak banyak jual hari ni dik. Sekejap lagi nak kena balik dah. Suami datang ambil. Belilah satu. Boleh kami buat belanja makan malam,” senyum memujuk separuh rayu.
Dalam beberapa saat, entah datang dari mana, terngiang di telinga, ‘orang yang menjual di jalanan ni, bukan berniaga untuk kaya. Apa yang mereka jual, hanya cukup untuk makan dari hari ke hari.’
Allah.. benar rupanya kisah yang saya baca sebelum ini.
“Bagi ikan parang sebungkus kak eh.” Menghulurkan not RM10 terakhir dari beg duit. Tak mengapalah, ATM ada di dalam kedai Mesra, boleh keluarkan duit.
“Terima kasih banyak dik. Akak jual eh.” Wang bertukar keropok. Senyum lebarnya membahagiakan.
Saya terus masuk ke kedai Mesra mencari ATM.
Keluar dari kedai, makcik keropok telah tiada. Dia berkata benar.
Berjalan ke kereta, saya masih terfikir, 'makan apakah mereka malam ini.'
>>>
Sampai hari ini, masih terkenang peristiwa itu. Saya telah membuat keputusan untuk tidak membeli awalnya, tetapi akhirnya tanpa fikir panjang, saya terus membeli.
Benarlah Allah 'memegang' hati-hati manusia. Benarlah Allah Maha memberi rezeki.
Digerakkan hati saya menoleh supaya dapat memberi, kerana wang yang diberi itu memang rezeki mereka.
Begitulah juga pengalaman saya selama dan saat ini.
Ketika sedang berhajatkan sesuatu, digerakkan hati-hati insan yang baik untuk membantu dan menyokong, walaupun tidak pernah kenal sebelumnya dan entah dari mana datangnya.
Saya percaya, mereka 'bantuan' Allah untuk saya.
Subhanallah.
_________
SALAM EIDUL ADHA Buat Semua Rakan Pembaca yang dikasihi Allah.

jual keropok,
kebajikan,
keropok,
makan malam
Saturday, 10 October 2015
(88) Satu Autograf, Membakar Semangat Membaca
Kebiasaannya,
balik dari sesebuah program di luar, anak-anak akan menanti apakah
‘hadiah’ yang akan dibawa balik untuk mereka. Sampai sahaja di rumah
selepas menghadiri seminar 3P anjuran Legacy Publishing, masing-masing
menerkam kaki abah. Ibarat sudah seminggu tidak berjumpa lagaknya,
sedangkan baru seharian.
“Zahraa, abah ada buku best untuk zahraa. Zahraa mesti suka.” Menyelak-nyelak dan mengeluarkan sebuah buku dari dalam beg.

“NUDIN’S? Buku fasal apa ni abah?” membelek-belek kulit buku dan membuka helaian demi helaian.
“Haa, nak tahu cerita fasal apa, Zahraa kenalah baca sendiri. Nanti Zahraa ceritakan pada abah. Comel tak watak Nudin ni?” menunjukkan watak robot hijau bertopi yang sering menyebut Beep! Boop!
“Comelnya abaahh.. Eh! Abah, kenapa kat depan ni ada tulis nama Zahraa?
Zahraa, Sihat + Aktif = Comel Selalu.” Diikuti autograf ‘diterbangi kupu-kupu’ di atasnya.
“Haa, buku ni, kawan abah yang tulis, dia autograf untuk Zahraa. Sengaja abah tak cakap awal-awal, surprise!”
“Yeayy! Bestnyee, esok, Zahraa nak bawa pergi sekolah, nak baca, lepas tu nak tunjuk pada kawan Zahraa.” Melompat masuk ke dalam bilik mencari beg sekolah untuk buku disimpan.
Abah lega. Nasib baik simpan. Kalau dibawa tidur, lunyailah buku.
Kisah esoknya, lihat gambar.. heheh..
>>>
Mendorong anak membaca kadangkala tidak perlu kepada ‘disuruh-suruh’. Ini menyebabkan minda anak mengaitkan membaca + paksaan = Tak seronok!
Tabiat membaca perlu datang secara semula jadi untuk kekal selama-lamanya. Keseronokan membaca itu yang perlu dipupuk. Membaca yang seronok akan menerbitkan mood yang syok.
Bagaimana seronok membaca? Jadikan buku sesuatu yang ‘istimewa’.
Buku yang ‘dihadiahkan’ atas sebab apapun, biasanya lebih teruja untuk dibaca. Ditambah pula, buku yang mempunyai autograf penulis.
Antara cara yang saya lakukan, cari ‘event’ yang dihadiri oleh penulis. Paling mudah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur setiap tahun dan dapatkan autograf penulis.
Mohon penulis tulis nama anak, bersama kata-kata menggalakkan membaca. Setakat ini, Alhamdulillah, mereka semangat membaca.
Boleh cuba, insya-Allah.
______
NOTA:
Terima kasih Puan RuQayyah Muhd kerana sudi autograf Nudin’s untuk Zahraa.
Terima kasih Legacy Publishing (Tuan Zam Legacy & Puan Atie Zam) kerana menerbitkan komik yang ‘mesra sayur’, heheh..
Terima kasih Puan Lily Moha, Puan Suri Mawarne Kaidar, Mizi & Anhaz yang membentuk tim hebat menghasilkan Nudin’s.

diet,
komik,
legacy publishing,
nudin,
sayur
Thursday, 8 October 2015
(87) Facebook Di Alam Realiti
Di kalangan rakan-rakan saya di
FB ini, ada yang berniaga online. Macam-macam produk ada. Sekali sekala
saya baca juga iklan-iklan mereka.
Dah lama saya simpan dalam hati kisah berniaga di facebook ni. Masih boleh bersabar dan tersenyum. Tetapi terasa menarik juga jika dijadikan topik penulisan pagi ni. Lari dari topik ‘parenting’ yang biasa menghiasi status. Sekurang-kurangnya pembaca tahu, saya manusia normal. Haha..
~Messenger~
Hantar mesej personal. “Maaf Ammar, saya ni kawan awak di facebook. Saya ada menjual produk ni. Jika awak minat nak beli produk ni, bolehlah beli dari saya. Boleh tolong kawan-kawan. Anything, inform me ok.”
Ini cara yang paling saya suka dan hormati. Bertanya dengan sopan terus kepada saya dan lebih penting, saya tahu hujung pangkal. Jika berminat, saya akan balas, jika tidak berminat atau masih tidak perlu, saya akan jawab dengan sopan. Kedua-dua pihak puas hati.
~Invite Like Page~
Ada antara mereka yang menghantar jemputan untuk like page mereka.
Seolah-olah mereka berkata, “Ammar, kami baru buka kedai dekat Alamanda, Putrajaya, jemputlah datang ke kedai eh. Cubalah tengok-tengok kot ada produk kami yang kau minat, bolehlah beli dari kami. Kalau nak beli, belilah. Kalau taknak pun takpe.”
Bagi saya, cara ini juga sopan, beretika, dan boleh diterima. Saya suka. Jika saya perlu produk itu, saya like, jika tidak, saya biarkan sahaja. Doa saya, orang lain tetap akan singgah ke kedai mereka.
~Tag Gambar Iklan~
Ada yang tag nama saya pada gambar iklan perniagaan masing-masing.
Saya yang sedang berjalan dengan santai di hadapan lot kedai, tiba-tiba terasa seolah-olah ditarik tangan masuk ke dalam kedai yang saya tidak kenal pun siapa owner kedai, lepas tu tunjuk poster dekat muka saya. “Belilah produk ni.” Huih, kuss semangat. Tanjat boboi.
Bila kita kata tak nak belilah (remove tag), yang tarik tangan tadi akan cakap, “Pandai-pandailah cari pintu keluar eh (suruh remove sendiri), padahal tadi, siapa yang tarik kita masuk kedai? Aduih..
~Tag Di Kotak Komen~
Ini pun menarik. Kedai orang lain yang sedang buat jualan, tapi kawan kita ni rasa nak beli sama-sama dengan kita, maka disebutnya pada penjual tu (tag kita dalam komen), “si Ammar ni nak beli kot produk awak ni”.
Dalam hati saya, ‘Eh, tak pernah pun kau cakap apa-apa dengan aku, tiba-tiba cakap aku nak beli, apahal!?”
~Masukkan Dalam Group~
Ini paling epik. Hahah.. Kita tak kenal orang yang jual. Kita tak kenal orang yang ajak. Tahu-tahu kita dah diculik masuk dalam guni dan bila ikatan dibuka, kita dah duduk dalam kedai.
Bahagian pakaian wanita pulak tu! Aduhhh tolonglahh.. “Weii, aku ni lelaki, siapa yang letak aku dalam ni.” Kita meronta-ronta hendak melepaskan diri.
Bila kita cuba nak lari (leave group), ‘penculik’ akan tarik balik duduk di tempat tu. Huihh.. main kasar nampak. Untuk lepaskan diri, kita perlu lari sejauh-jauhnya dan report polis (unfriend dan report).
~Poke~
Ini paling best. “Bang-bang, nak beli tak?” Cuit bahu saya, lepas tu bila saya toleh, dia pandang tempat lain, apahalll?!!
>>>
Kisah ini hanya perasaan saya sahaja, supaya peniaga-peniaga online tahu apa yang pelanggan rasai. Jika ‘tersentuh di hati’, maaf ye.

Subscribe to:
Posts (Atom)