Pages

Penulis di Facebook

Saturday, 17 October 2015

(91) Cikgu Punca Anak Tidak Sabar Ke Sekolah!

Sedang sedap menikmati sarapan di meja makan, Zahraa berteriak mengangkat kedua tangan, “Bestnye sekolah hari ni!”

“Kenapa?” Abah mengerutkan muka. Setiap hari pun biasa je dia pergi sekolah. Cuma kali ni entah apa yang best.

“Sebab hari ni kelas cikgu Zuraini. Zahraa SUKA cikgu Zuraini ajar.”

“Apa yang bestnya kelas Cikgu Zuraini sampai Zahraa suka?”

“Cikgu Zuraini selalu buat aktiviti. Hari ni kan Zahraa kena bawa buah-buahan. Cikgu nak buat main beli-beli.” Menunjukkan buah jambu yang telah siap dibeli petang semalam.

“Oo, patutlah Zahraa suka. Dah, sambung makan. Nanti balik, cerita pada abah, best tak main beli-beli.”

Dia melajukan suapan. Tak sabar ke sekolah lah tu.




>>>

Mendengar anak suka dan sayang pada cikgu adalah satu kelegaan. Kita lega kerana anak berada dalam tangan guru yang baik. Manakan tidak, 1/3 masa dalam satu hari, mereka akan bersama dengan guru-guru di sekolah. Dari sekolah kebangsaannya hinggalah sekolah agama.
Jika dicongak mudah, boleh dikatakan, 1/3 sikap mereka pada masa hadapan ditentukan oleh masa bersama guru, ustaz dan ustazah (bersama kawan-kawan), 1/3 oleh masa bersama ibu bapa, dan 1/3 lagi oleh mimpi-mimpi mereka dalam tidur (otak masih bekerja walapun tidur, cuma filem apa yang dimainkan sebagai mimpi tu kena nonton ‘Inside Out’ heheh.. )

Banyak kajian yang menunjukkan sikap anak terhadap guru akan mempengaruhi minat dan usaha mereka di sekolah. Yelah kan, nama pun minat, mestilah usaha akan jadi lebih. Minat dan usaha yang luar biasa inilah yang membawa kejayaan pada pelajaran, terutamanya subjek yang diajar guru itu.
Macam saya dululah, secara tak semena-mena boleh dapat A bahasa Inggeris dalam ujian (sedangkan sebelum tu C pun payah), hanya disebabkan cikgu praktikal yang ajar (cikgu praktikal kan suka bawa props banyak-banyak dalam kelas + cikgu tu pun comel.. haha..)

Terbalik dengan kisah di atas, jika sikap anak terhadap cikgu, negatif, maka lemahlah minat dan motivasi mereka dalam subjek itu.

Sifirnya mudah, apabila anak PERCAYA cikgu tu best, emosi anak juga seronok dan teruja, maka tindakan akan secara automatiknya aktif. Apabila anak PERCAYA cikgu tu boring, emosi anak juga lemah dan lemau, maka tindakan akan secara automatik pasif. Terutama untuk anak-anak tahap 1 (darjah 1 hingga 3) yang masih belum mampu memotivasi diri sendiri (kadang-kadang sampai darjah 6 pun belum tentu).

Begitulah besarnya peranan guru. Pandangan saya, untuk mewujudkan sekolah penyayang, cikgu tidak perlu menyambut anak-anak murid di pagar sekolah (saya faham, ada pekelilingnya). Subjek masing-masing sudah boleh menjadi ‘magnet’ yang menarik anak-anak ke sekolah.

Cikgu hanya tunggu dan murid berlari mencari cikgu, “Cikgu, cikgu jom cepat belajar.” Indah kan? (saya cuma kasihan pada cikgu yang perlu menyambut ratusan atau setengahnya ribuan anak murid di pagar sekolah)

Pengalaman melayan 3 orang anak yang bersekolah, ada beberapa tanda menunjukkan cikgu mereka cikgu yang best!

1. Anak bersemangat ke sekolah – Bangun pagi hanya perlu kejut sekali sahaja, terus bersiap. Tiada lemah lutut depan pintu kereta atau perlu didukung walaupun kaki dah cecah lantai.

2. Anak sentiasa bercerita tentang apa cikgu kata – Setiap kali berbual, ada saja madah-madah pujangga cikgu kesayangan yang akan di’quote’. Cikgu cakap macamni, cikgu cakap macamtu.

3. Anak risau bila kerja rumah cikgu tidak disiapkan – Jika kerja rumah cikgu lain, mereka boleh rileks je. Tetapi kalau cikgu feveret ni, memang dia akan kelam kabut siapkan. Mereka mahu kelihatan ‘bagus’ di mata cikgu ini.

4. Anak ingin beri hadiah semasa hari guru – Anak-anak merayu ke kedai buku untuk beli hadiah cikgu. Mereka telah ada senarai cikgu yang bakal dapat hadiah.

5. Anak cari kelab yang dikendali cikgu itu – waktu aktiviti ko-kurikulum, seboleh mungkin mereka akan pilih kelab yang cikgu feveret ajar. Mereka menjadi ‘kipas susah mati’ cikgu itu.


Oh, saya tambahkan sikit lagi, saya juga perhatikan, terdapat beberapa persamaan pada ciri-ciri cikgu best!

1. Melayan lemah lembut – Mereka tahu bila anak-anak murid memerlukan belaian. Apabila ada yang merajuk atau berkecil hati, mereka pandai memujuk. Saya pernah melihat, cikgu yang berlutut untuk memujuk murid yang sedang menangis kerana keputusan rendah. Win!

2. Kreatif mempelbagaikan PDP – Ada sahaja aktiviti menarik dalam kelas. Tanam pokoklah, buat kraftanganlah, jual buah-buahanlah, padahal subjek Bahasa Malaysia. Menarik!

3. Tidak memalukan murid – Hanya murid yang markah cemerlang ditunjukkan sebagai contoh untuk diikuti. Yang markah rendah tidak dipaparkan, tetapi diberitahu secara peribadi untuk terus usaha memperbaiki keputusan. Mereka tahu, kanak-kanak juga ada maruah diri.

4. Tidak garang tetapi tegas – Anak saya selalu sebut, “Cikgu Nazira takde marah-marah pun, tapi kalau dia suruh buat sesuatu, semua orang cepat-cepat buat. Dia cuma cakap sambil berdiri tegak.” (yang saya faham, tegaslah kot)

5. Guru sentiasa ada cerita positif tentang anak – Setiap kali bertemu cikgu best! Cerita yang akan diceritakan mesti cerita-cerita yang best. Jarang akan dengar mereka merungut tentang anak-anak. Dalam setiap perbualan, cikgu best! akan mulakan dengan kebaikan anak-anak di sekolah.

Jika dalam cerita sekolah anak-anak kita terdapat kisah cikgu-cikgu yang ada ciri-ciri disebutkan, berbaik-baiklah dengan cikgu itu. Santuni mereka. Memang mengajar itu tugas mereka, tetapi personaliti dan usaha mereka itu wajar diangkat di tempat yang tinggi.

Insya-Allah, mereka akan rasa sangat dihargai.

:)

‪#‎drMAK‬

10 comments:

  1. Saye selalu berharap dapat menjadi cikgu yang disayangi anak murid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Insya Allah cikgu akan disayangi murid..

      Delete
  2. Penyayang tapi tegas.. Mmg best bila disayangi anak murid.. Mereka mesti tak sabar2 tunggu kita masuk kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.. Tegas tidak semestinya tidak sayang.. malah itulah tanda sayang..

      Delete
  3. Penyayang tapi tegas.. Mmg best bila disayangi anak murid.. Mereka mesti tak sabar2 tunggu kita masuk kelas.

    ReplyDelete
  4. Pernah usaha mempelbagaikan teknik mengajar dgan membuat aktiviti di dlm kelas..tapi ada juga segelintir ibu bapa yg tak dapat terima..mcam2 alasan, antaranya menyusahkan ibu bapa utk menyediakan kelengkapan seperti yg di minta, murid yg di ajar belum matang utk jlnkan aktiviti & so on...sedih dgan sikap mereka yang x memahami :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih dahulu, Tahniah! Cikgu. Cikgu telah melakukan yang sepatutnya sebagai seorang guru.
      Namanya pun 'segelintir', maka abaikan bising mereka. Tumpu pada sebahagian besar ibu bapa yang menyokong.
      Saya sebagai ibu bapa memang menantikan guru aktif seperti cikgu. Teruskan!

      Delete
  5. Mudah2an saya mampu menjadi cikgu spt dlm blog ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila niat telah dipasang. Insya Allah, cikgu akan mampu menjadi seperti guru ini. Cikgu telah tuliskan di blog ini, insya Allah, ramai mengaminkan.

      Delete
  6. Alhamdulillah,
    Moga Allah pelihara..
    Moga membesar dengan baik, anak-anak. :)

    ReplyDelete