Di kalangan rakan-rakan saya di
FB ini, ada yang berniaga online. Macam-macam produk ada. Sekali sekala
saya baca juga iklan-iklan mereka.
Dah lama saya simpan dalam
hati kisah berniaga di facebook ni. Masih boleh bersabar dan tersenyum.
Tetapi terasa menarik juga jika dijadikan topik penulisan pagi ni. Lari
dari topik ‘parenting’ yang biasa menghiasi status. Sekurang-kurangnya
pembaca tahu, saya manusia normal. Haha..
~Messenger~
Hantar mesej personal. “Maaf Ammar, saya ni kawan awak di facebook. Saya
ada menjual produk ni. Jika awak minat nak beli produk ni, bolehlah
beli dari saya. Boleh tolong kawan-kawan. Anything, inform me ok.”
Ini cara yang paling saya suka dan hormati. Bertanya dengan sopan terus
kepada saya dan lebih penting, saya tahu hujung pangkal. Jika berminat,
saya akan balas, jika tidak berminat atau masih tidak perlu, saya akan
jawab dengan sopan. Kedua-dua pihak puas hati.
~Invite Like Page~
Ada antara mereka yang menghantar jemputan untuk like page mereka.
Seolah-olah mereka berkata, “Ammar, kami baru buka kedai dekat
Alamanda, Putrajaya, jemputlah datang ke kedai eh. Cubalah tengok-tengok
kot ada produk kami yang kau minat, bolehlah beli dari kami. Kalau nak
beli, belilah. Kalau taknak pun takpe.”
Bagi saya, cara ini juga
sopan, beretika, dan boleh diterima. Saya suka. Jika saya perlu produk
itu, saya like, jika tidak, saya biarkan sahaja. Doa saya, orang lain
tetap akan singgah ke kedai mereka.
~Tag Gambar Iklan~
Ada yang tag nama saya pada gambar iklan perniagaan masing-masing.
Saya yang sedang berjalan dengan santai di hadapan lot kedai, tiba-tiba
terasa seolah-olah ditarik tangan masuk ke dalam kedai yang saya tidak
kenal pun siapa owner kedai, lepas tu tunjuk poster dekat muka saya.
“Belilah produk ni.” Huih, kuss semangat. Tanjat boboi.
Bila kita
kata tak nak belilah (remove tag), yang tarik tangan tadi akan cakap,
“Pandai-pandailah cari pintu keluar eh (suruh remove sendiri), padahal
tadi, siapa yang tarik kita masuk kedai? Aduih..
~Tag Di Kotak Komen~
Ini pun menarik. Kedai orang lain yang sedang buat jualan, tapi kawan
kita ni rasa nak beli sama-sama dengan kita, maka disebutnya pada
penjual tu (tag kita dalam komen), “si Ammar ni nak beli kot produk awak
ni”.
Dalam hati saya, ‘Eh, tak pernah pun kau cakap apa-apa dengan aku, tiba-tiba cakap aku nak beli, apahal!?”
~Masukkan Dalam Group~
Ini paling epik. Hahah.. Kita tak kenal orang yang jual. Kita tak kenal
orang yang ajak. Tahu-tahu kita dah diculik masuk dalam guni dan bila
ikatan dibuka, kita dah duduk dalam kedai.
Bahagian pakaian
wanita pulak tu! Aduhhh tolonglahh.. “Weii, aku ni lelaki, siapa yang
letak aku dalam ni.” Kita meronta-ronta hendak melepaskan diri.
Bila kita cuba nak lari (leave group), ‘penculik’ akan tarik balik duduk
di tempat tu. Huihh.. main kasar nampak. Untuk lepaskan diri, kita
perlu lari sejauh-jauhnya dan report polis (unfriend dan report).
~Poke~
Ini paling best. “Bang-bang, nak beli tak?” Cuit bahu saya, lepas tu bila saya toleh, dia pandang tempat lain, apahalll?!!
>>>
Kisah ini hanya perasaan saya sahaja, supaya peniaga-peniaga online
tahu apa yang pelanggan rasai. Jika ‘tersentuh di hati’, maaf ye.
#drMAK
No comments:
Post a Comment