Saat Puan melahirkan 'dia',
Sakit, paling sakit di dunia.
Saat Tuan menggendong 'dia',
Azan, sebak, sesak nafas di dada.
Harapan kita berdua,
Mahu melihat mereka berjaya,
Jadi insan berguna,
Paling penting,
Disayangi Tuhan.
Apa impian anda pada mereka?
Apa doa anda hari ini?
Mari sebarkan, supaya ramai-ramai kita aminkan.
Inshaa Allah.
#drMAK
Monday, 27 July 2015
Sunday, 26 July 2015
(62) Pantau Anak Elak Dipengaruhi Pedofilia
Alhamdulillah,
Inilah artikel saya yang tersiar hari dalam Berita Harian (Khamis, 14/5/2015).
Mudah-mudahan ada manfaat kepada pembaca dan rakan-rakan FB.
>>>
Lebih menggembirakan,
Saya menembusi suratkhabar selepas tidak sampai 1 bulan menghadiri Bengkel Penulisan Rencana Oleh Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Ali Imran Basikal Oren.
Sememangnya mereka telah memberi 'actionable knowledge' secara profesional dan sangat PREMIUM.
Hanya Allah dapat membalas keikhlasan mereka. Aamiin.
:)

Saturday, 25 July 2015
(61) Anak Suka Internet, Ini Mungkin Punca-Puncanya
1. SAMA
Anak mempunyai minat atau hobi yang tidak ‘ngam’ dengan kehendak ibu bapa. Akhirnya, anak-anak beralih kepada internet dan berjumpa dengan individu yang mempunyai minat yang sama. Mereka menubuhkan kumpulan untuk menghabiskan masa bersama. Sokongan yang sepatutnya datang daripada ibu bapa diperolehi daripada rakan internet.
2. POPULARITI
Di sekolah dan di rumah, mereka tidak mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan. Di internet, mereka menyorok di sebalik apa sahaja watak yang diingini. Contoh, artis-artis popular. Mereka berasa yakin untuk ‘melakonkan’ watak popular kerana yakin tidak dikenali.
3. PERHATIAN
Apabila anak-anak ingin mengadu sesuatu, ibu bapa yang sibuk tidak dapat memberi sepenuh perhatian. Di internet, mereka boleh berinteraksi secara pantas dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki. Apabila aduan mendapat ‘reply’, itu adalah sesuatu yang mengujakan.
4. SERONOK
Games tidak perlu lagi CD atau DVD seperti dulu. Di internet, terdapat ribuan games dalam talian yang memberi hiburan kepada anak-anak yang mencari keseronokan. Mereka malah boleh berkomplot untuk memenangi games (contohnya, pinjam nyawa).
5. SAKSAMA
Ada anak-anak yang disebabkan faktor fizikal, tidak mempunyai kawan yang ramai di sekolah. Rakan-rakan lain kadangkala mengejek dan membuli mereka. Internet memberikan perasaan sama rata kepada mereka. Tiada siapa yang boleh melihat fizikal mereka, dan mereka diterima baik oleh rakan-rakan baru di internet. Mereka menjadi orang yang berbeza.

Labels:
budak,
internet,
obses internet,
suka internet
Friday, 24 July 2015
(60) Bila Hati Telah Hitam!
Kau senior,
Kau rasa kau paling besar,
Kau paling sasa,
Sampai lupa yang Maha Esa.
Dendam kau genggam sampai lebam,
Kesumat kau gelap seperti malam,
Hambur kata tidak bersalam,
Bongkak seolah diri takkan padam.
Kau pandang manusia seakan sampah,
Kau pijak lumat sebesar zarah,
Kau pukul jasad parah,
Tidak henti walau tumpah berdarah.
Ini bukan engkau,
Ini syaitan memperkuda amarah,
Bila kau sedar dari sasau,
Malaikat maut berlalu sudah.
#drMAK
Kau rasa kau paling besar,
Kau paling sasa,
Sampai lupa yang Maha Esa.
Dendam kau genggam sampai lebam,
Kesumat kau gelap seperti malam,
Hambur kata tidak bersalam,
Bongkak seolah diri takkan padam.
Kau pandang manusia seakan sampah,
Kau pijak lumat sebesar zarah,
Kau pukul jasad parah,
Tidak henti walau tumpah berdarah.
Ini bukan engkau,
Ini syaitan memperkuda amarah,
Bila kau sedar dari sasau,
Malaikat maut berlalu sudah.
#drMAK
Labels:
buli,
dera,
hati hitam,
pukul,
sekolah asrama
(59) Curi Dengar!
Lelaki berdua depan aku ni beria-ia bersembang.
Bunyi macam menarik sungguh kisah yang digebangkan.
Aku tak tahan.
Pasang telinga dengar sama-sama.
Jarak lebih kurang 3 meter je.
Tengah syok aku mendengar, sambil tengok muka dua rakan tu,
Siap diorang angguk, aku pun angguk,
Tiba-tiba,
Dua-dua pusing tengok aku!
Hah! Tak dapat nak elak.
Mata tak sempat nak lari buat-buat tengok syiling.
Kantoi!
Pelan-pelan seluk poket,
Buat-buat angkat call.
Berlalu pergi.
>>>
Tula, sapa suruh bizi bodi!
Malu weih!

Subscribe to:
Posts (Atom)