Bangun pagi itu, badan
seperti bateri dicas penuh, sangat bertenaga 100%. Minda terlajak
positif. Namun di dalam hati, hari ini sangat mendebarkan.
Selalu pesan pada anak buah, “Its ok untuk rasa nervous for the 1st time
in everything we do. Everything have it 1st time. So, enjoy that
feeling.”
Sekarang kata-kata tu setepek kena atas dahi, ‘sekarang, kau enjoylah.’
Ditemani jurupandu waze yang agak seksi suaranya, saya berturn right,
berturn left mengikut arahan. Taat dan patuh, seperti taatnya mendengar
khutbah Jumaat.
Sampai di satu persimpangan, saya buruk sangka
kepada waze kerana melihat signboard menunjukkan arah ke tempat tujuan
sedikit berbeza. Lagipun selalu terbaca, waze menyesatkan orang.
Ingatkan syaitan je. Waze pun sama.
Semakin jauh bergerak,
ternyata jalan yang saya pilih, salah. Mulalah dalam hati menyumpah diri
sendiri. Inilah namanya bisikan hati. Kerja syaitan ni. Dah elok ikut
waze tadi, gatal nak ikut signboard.
Mujur waze ini tak pandai
merajuk. Perempuan tadi tolong juga cari jalan lain untuk saya.
Diarahnya saya dengan penuh sopan. Akhirnya, tiba juga ke destinasi
dituju.
“Tuan, saya sudah di depan pejabat tuan. Saya confuse ni,
ini pejabat ke rumah? Cantik sangat pintunya.” Saya menghubungi tuan
pejabat.
Pintu pejabat dibuka, “Jemput masuk tuan. Alhamdulillah, sampai juga ke sini. Inilah pejabat kecil kami.”
‘Wah, sucinya ofis ni. Putih bersih. Yang menyambut pun semua senyum manis. Nasib baik semut tak hurung.’ Ngumpat dalam hati.
“Tuan ada appointment di mana-mana lagi?” Puan pejabat mesra menyapa.
“Takde puan. Saya cuti, khusus untuk jumpa tuan dan puan berdua.”
“Subhanallah, terharunya kami. Terima kasih tuan.”
“Terima kasih juga sudi terima saya sebagai tetamu.”
Terus jalan beriringan masuk ke bilik tuan dan puan pejabat sambil tertawa seperti sudah kenal dari dalam perut.
“Apa yang sebenarnya tuan ingin tulis?”
“Saya masih merancang-rancang apa yang saya akan tulis. Cuma, saya yakin, saya ada sebab yang kuat untuk menulis.
Saya mahu meninggalkan legasi untuk dibaca oleh anak-anak saya. Baik,
itu mungkin bukan sebab untuk orang lain membeli buku saya.
Tetapi, kisah-kisah benar yang saya lalui bersama anak-anak, saya
selitkan sedikit pengetahuan psikologi yang saya ada untuk dimanfaatkan
oleh ibu bapa lain.
Menyebar kebaikan itu yang menjadi kekuatan saya untuk terus menulis.”
“Hmm.. apa rancangan tuan?”
“Apa nasihat puan kepada saya?” seperti budak sekolah, menyoal kembali.
“Apa kata jika tuan mulakan dengan bahan yang sedia ada di tangan?”
“Maksud puan?”
“Status tuan di facebook.”
“Ada ke orang yang nak baca?”
Puan penerbit cuma tersenyum.
_________
Puan penerbit cuma senyum.
Saya cukup faham.
Hati manusia, Allah yang menggerakkan.
Alangkah baik jika saya tahu jawapan kepada soalan itu.
No comments:
Post a Comment