Balik dari sekolah,
Wajah murung.
Senyap dari biasa.
"Iman kenapa ni?"
"Budak kelas taknak kawan Iman. Lelaki taknak. Perempuan pun taknak." Mencebik muka.
Saya faham. Walaupun kanak-kanak, dia susah hati. Kanak-kanak suka bersosial. Tiada kawan, nak bercakap dengan siapa.
"Iman, kita kalau baik. Tak kacau orang. Tak usik orang. Layan orang
elok-elok. Semua orang suka." Memegang kepala sambil usap hingga ke
bahu.
Dia hanya diam.
------
Keesokannya,
"Abah, betul cakap abah. Hari ni semua orang nak kawan balik dengan Iman. Iman jadi budak baik." Mata bersinar-sinar.
"Alhamdulillah."
>>>
Kita yang dewasa pun kadang-kadang terlupa nak jadi 'budak baik' untuk kawan lain.
Sedangkan ini asas utama persahabatan. Biar apa yang rakan sekeliling lakukan. Namun, kita masih 'budak baik'.
Biar tiada mahu berkawan kerana kita 'budak baik', dari ramai mahu berkawan kerana 'kenakalan'.
:)
#drMAK
No comments:
Post a Comment