Biasalah budak. Jika duduk diam, sopan
santun bersimpuh, memang bukan budak namanya. Masa kanak-kanak inilah
kreativiti mereka naik bertingkat-tingkat. Setiap masa, ada je benda nak
buat. Suruh baca buku memang susah kerana perlu duduk setempat. Tak
pernah jumpa lagi yang membaca sambil melompat-lompat.
Serupa
macam kita semasa kecil dulu. Kalau boleh, apa yang terlintas di kepala
semua nak buat. Cuma kadang-kadang memang apa yang dibuat merepek
sangat. Siapa yang tak pernah kena pukul kira hebat.
Yang
peliknya, pukullah macamana pun, libaslah macamanapun, bebellah
macamanapun. Itu jugalah yang kita buat. Macam tak serik dan tak rasa
nak bertaubat.
Anehnya, bila dah besar, sedikit dewasa, barulah
faham kenapa orang marah apa yang dibuat. Baru nampak apa yang dibuat
boleh bawa mudharat. Barulah setiap tindak tanduk kita ambil berat dan
berfikir cermat.
Dulu, saya percaya, pukulan abah memang
berkesan. Pukul yang menyebabkan saya ‘jadi orang’. Tetapi apabila
difikirkan semula, jika betul pukul itu boleh mengubah sikap, kenapa
saya dipukul berkali-kali untuk kesalahan yang sama?
Bukan sekali dua, malah banyak kali sehingga keliru, ‘aku ini tidak disayangi kah? Aku ini memang dibenci kah?’
Siapa yang tak takut dipukul. Apabila buat salah, mak menakutkan nak
report abah, awal-awal sudah buat-buat tidur. Entah kenapa, saya fikir,
tidak ada ayah yang mengejutkan anaknya semata-mata untuk dipukul.
Diimbas semula kenangan dulu, baru saya faham, bukan pukul yang
mengubah sikap. Kasih sayang yang ditunjukkan selepas itu yang memberi
kesan.
Pernah badan berliang-liang luka libasan, akibat solat
maghrib dilewat-lewatkan. Ketagih main bola sampai terabai laungan azan.
Dalam menahan kesakitan, cuba juga pejam mata supaya sakit
dapat dilupakan. Tak sangka, abah datang perlahan-lahan, bawa minyak
gamat di tangan. Dilumur sapu mana yang luka di badan. Usapan yang
nikmat tak tergambarkan. Mana ada benci yang sebegitu diungkapkan. Siapa
kata abah tak sayang.
>>>
Pukul boleh digunakan
untuk memberi amaran tetapi tidak sehingga mencederakan. Pukul melepas
geram hanya memberi kesakitan, tidak keinsafan. Malah, pukul yang teruk boleh menghilangkan kepercayaan.
Tidak hairan jika anak berahsia tidak
mahu berkongsi rasa. Bimbang jika tersalah cakap akan dipukul tanpa
tanya. Anak, kebanyakan masa, mereka membuat kesalahan kerana fikiran
singkat mereka. Namanya pun budak, memang tak sedalam fikir orang
dewasa.
Menurut ahli psikologi, setiap kali mereka dijerit atau
ditengking, yang timbul dalam diri anak adalah ketakutan. Jeritan adalah
sesuatu yang automatik ditafsirkan oleh manusia sebagai ‘ada ancaman’.
Contohnya, orang akan terkejut dan mengelak sekiranya ada orang
menjerit “Kereta!!” Saat itu, kita hanya pentingkan keselamatan.
Begitu juga anak-anak, mereka sibuk melindungi diri. Perasaan ketakutan
menutup minda mereka untuk mendengar sebarang leteran atau bebelan.
Mereka tidak dengar apa yang kita cakapkan. Itulah sebabnya, kesalahan
sama tetap berulang.
Ambil pelajaran dari anjuran Baginda Nabi
dalam mendidik anak sembahyang. Yang membenarkan dirotan itu dosa ingkar
kepada Tuhan. Dibolehkan rotan itupun selepas diajar 5 kali sehari
untuk solat sepanjang umur 7-10 tahun. Tanda berulang-kali nasihat dan
latihan diperlukan untuk mengubah kebaikan menjadi tabiat.
Bersabar mendidik anugerah Tuhan, mereka tiket ke syurga yang menjadi idaman.
#drMAK
#BudakKripton
Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts
Wednesday, 3 February 2016
Thursday, 7 May 2015
(27) Kisah Guru Yang Mengoyak Hati
"Abah, masa sekolah tadi, Iman kena marah dengan cikgu."
"Cikgu marah kenapa?"
"Cikgu tu cikgu ganti. Dia suruh semua orang diam kat tempat masing-masing. Jangan buat bising, jangan cakap-cakap."
"Habis tu?"
"Iman main teka-teki dengan kawan sebelah. Dia tercakap kuat suruh bagi jawapan. Dia give up tak tahu jawab."
Cikgu cakap, "Siapa bising-bising tu?? Bodoh! Bangang! Kan cikgu dah cakap suruh diam!"
"Takkanla cikgu nak cakap macamtu Iman..."
"Satu kelas dengar, semua terdiam."
>>>
Saya sangat menghormati profesyen guru. Saya juga bekerja mirip guru. Saya cuma "terkoyak" hati untuk 3 perkara.
1. Meminta budak-budak berumur 8 tahun untuk duduk diam lebih dari 5 minit adalah salah satu keajaiban dunia. Jika ada guru boleh buat, tolong maklumkan saya. Saya perlu kaji rahsianya, supaya boleh dikongsi bersama. Betul-betul DIAM, sampai habis slot 35 minit.
2. Mengeluarkan perkataan "bodoh", "bangang", adalah penderaan abadi kepada kanak-kanak yang masuk melalui gegendang telinga dan akan merodok hati mereka hingga cedera parah sampai ke tua. Jangan ingat lagu dangdut je tahu "sakitnya tu disini".
3. Jika mengganti kelas sekadar untuk suruh semua diam. Elok hantar pakcik tukang kebun untuk masuk kelas dan bercerita tentang cara-cara menanam pokok. 100x ganda lebih berfaedah.
~~~
Nota:
* Saya bercerita HANYA tentang guru ini. Saya tabik kepada ramai lagi guru yang setiap hari dipuji oleh anak saya. (Anak-anak pandai menilai guru)
* Saya terima jika anak saya bersalah. Saya telah tegur dia, "Lain kali, diam, jangan buat cikgu marah." (Saya sendiri masih ragu, betulkah nasihat ini).

Subscribe to:
Posts (Atom)