Kebanyakan ibu bapa biasa mengalami masalah ini, kesukaran mengejut anak-anak bangun tidur untuk ke sekolah. Jika terlewat bangkit, maka tiada masa untuk solat Subuh. Sudah pasti ini tidak baik untuk anak-anak, lebih-lebih lagi yang sudah berumur 10 tahun ke atas. Solat adalah wajib ke atas mereka.
Saya juga turut berhadapan masalah
yang sama. Terutamanya si kecil Zahraa yang baru memulakan persekolahan darjah
1. Telah terbiasa bangun lewat sebelum ini kerana hanya ke taska. Sekarang, selepas
kakak dan abangnya bersiap untuk ke sekolah, barulah dia akan bangun dengan
langkah longlainya menuju ke bilik air. Tak suka bersiap awal.
Saya perhatikan, biasa mama
mereka akan membuka lampu bilik dan mengejutkan mereka dengan memanggil nama
mereka satu persatu sambil menolak badan mereka berkali-kali. Walaupun terdapat
pergerakan, tetapi hanya sebentar. Apabila mamanya keluar bilik, mereka kembali
kaku.
"Bisikkan kata-kata positif ketika fasa mamai sebelum bangun tidur" |
Teringat ilmu yang baru dipelajari dari sebuah kursus. Saya naik ke atas katil dan sama-sama berbaring
menghadap Zahraa. Pandang wajahnya yang sedang comel tidur.
Saya usap kepala Zahraa dan menampar lembut pipinya sambil membisikkan
kata-kata pujukan, “Zahraa budak baik, suka bangun awal, seronok dapat solat
subuh, suka doakan abah mama masuk syurga, orang rajin solat subuh dapat no. 1
kat sekolah, cikgu semua sayang”.
Dalam keadaan “mamai” itu, saya yakin, saya
sedang memasukkan “benih” kebaikan dalam sistem kepercayaannya yang akan tertanam dalam minda segar.
Selepas beberapa kali mengulangi
dialog yang sama, Zahraa terus terjaga. Dia bingkas bangun, menuju ke bilik
mandi. Bila ditanya “Eh, Zahraa nak pergi mana tu?”.
“Nak pergi mandilah, nak
solat suboh, nanti dapat no. 1”, dengan mata masih terpejam.
Saya tersenyum
dalam hati, “Dengar rupanya”.
Mengejutkan dia bangun tidur untuk hari-hari
seterusnya tidak lagi sesukar dulu, kerana minda segar sentiasa ada wayang "dapat No.1 dalam kelas".
Cuma peringatan buat ayah, semasa mengejutkan anak, jangan sampai ayah tertidur sekali! Haha...
Cuma peringatan buat ayah, semasa mengejutkan anak, jangan sampai ayah tertidur sekali! Haha...
No comments:
Post a Comment