Pages

Penulis di Facebook

Wednesday, 25 December 2013

(3) Tips beli buku yang sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun!

Bro, aku nak beli buku untuk anak2 aku.. yelah.. niatnya nak galakkan diorang ni biasa dengan buku sejak dari kecik lagi.. agak2 ko buku apa yang sesuai ehh..?

Owhh.. nak beli buku ni pun sebenarnya kena tengok peringkat umur.. sebab berbeza peringkat umur.. lain cara pembelajarannya.. lain cara diorang memahami sesuatu.. so, berapa umur anak ko?

Baru nak masuk 3 tahun..

Owhh.. kecik molek lagi.. bagus2.. niat murni ko tu aku sokong.. macamnilah.. aku taknak cite dari segi belajar membaca.. tapi aku nak citer dari segi "transfer of learning"..

uihh.. apa benda tu bro..?

maksud dia.. keupayaan anak ko untuk memahami apa yang dia nampak dari dalam buku, belajar sesuatu daripada situ, dan kaitkan dengan apa yang dia akan jumpa di alam sebenar...

Buku Bergambar Foto (Picture from www.smilebooks.com)


owhh.. menarik tu.. so, apa pandangan ko..

ok, mengikut artikel yang aku baca, antara buku yang bagus untuk budak2 sebaya anak ko ni adalah buku bergambar. Buku bergambar memang bagus untuk perkembangan kognitif anak-anak kita.. sebab sambil-sambil ko bercerita dengan membaca isi buku, gambar yang ada kat setiap page tu akan bagi bayangan kepada apa yang ko cerita pada anak ko.. so, boleh membantu dia untuk berimaginasi..

Cuma.. ada 3 jenis buku bergambar yang biasa terdapat di pasaran.. kalo ko selak2 buku kat MPH ke.. popular ke.. ko mesti perasan.. 1. buku bergambar lukisan kartun, 2. buku bergambar lukisan "real", maknanya kalau lukis orang, memang gambar orang, bukan kartun orang, then, 3. buku bergambar jenis foto, maksudnya memang gambar "real" yang ambik guna kamera.

So, ada beza ke buku2 ni..

Haa.. ni yang aku nak citer ni.. kalau ikut kajian psikologi, didapati.. buku bergambar yang gambar foto "real", memberi kesan yang lebih tinggi daripada yang lain-lainnya dari segi "transfer of learning" tadi..

Owwhhh.. sebab apa ehh.. kalau kita tengok.. macam samaaa je...

Haaa.. itu sebab kita memang dah tahu dah semua benda2 yang dibaca tu.. sebab kita dah banyak pengetahuan.. dah matang dah pun..
Tapii.. bagi budak2 sekitar 3 tahun ni.. kadang2 gambar yang dia nampak tu.. dia memang tak pernah nampak di alam sebenar lagi.. sebab biasanya diorang ni tak pernah pergi lawatan sekolah lagi.. hahaha.. banyak teperuk kat rumah penjaga or nurseri..
Soo, bila dia tengok gambar lukisan binatang contohnyaa, walaupun real, tapi dia tak boleh nak faham sepenuhnya, sebab dimensi berbeza, suasana berbeza, ukuran berbeza, sifat berbeza, lagilah kalau tengok kartun yang kadang-kadang beruang pun boleh nampak comel.. padahal hakikatnya.. binatang liar.. cuma.. buku bergambar foto ni adalah yang paling hampir menggambarkan apa yang dia nampak dalam gambar dengan rupabentuk sebenar haiwan di luar sana..
So, kalau ko nak kenalkan anak-anak ko dengan jenis-jenis haiwan or tumbuhan, better cari buku bergambar foto, dan ceritakan pada dia satu2.. pastu bila ko pergi zoo.. ko trylah tanya.. mungkin dia boleh jawab.. sebab dia kaitkan apa yang dia nampak dalam gambar dengan apa yang real di zoo..

Ooohh.. make sense jugak..

Tapiii aku pernah nampak yang buku jenis pop-up tu.. yang bila bukak boleh timbul tu.. keluar istanalah.. puteri menarilah..

owwh.. kalau jenis macamtu.. sebenarnya.. bagi budak2 baya anak ko tu.. kalau ikut kajian.. takde kesan besar sangat.. cuma dia menarik untuk ditengok je.. dari segi belajar something.. takde kesan yang signifikan.. lagi dia pelik sebab tengok princess jadi sekeping2.. hahaha..

Pendek kata, kenapa foto lebih baik dari segi "transfer" sebab, foto hampir sebijik sama macam "real world".. so, dengan mudah anak ko boleh kaitkan apa yang dia nampak dalam buku dengan apa yang dilihat di alam nyata..

Okeh.. faham.. tiba2 aku teringat... masa kecik dulu.. aku mati2 ingat Harimau tu sama besar dengan kucing.. sebab dalam buku gambar2 mak aku beli.. nampak comeell je.. nampak cuteee je.. rupa-rupanya besar macam lembu..

Hahahahahaha...

Kenapa ko gelak beria-ria ni..

Sebab aku pun sama macam tu.. siap berangan nak bela harimau dalam rumah.. hahaha...


~Buku bergambar foto lebih mudah diadaptasi oleh kanak-kanak lebih 3 tahun ke dunia sebenar~

Friday, 20 December 2013

(2) Anak mengamuk dalam kedai? Bagaimana nak pujuk?


Napa nampak muncung je ni bro..

Ntahla, apa pesyen tah anak aku ni sekarang, kalau tak dapat barang yang dia nak, asyik nak mengamuk je, siap hempas-hempas badan atas lantai lagi..

Laa.. teruknya, napa sampai macamtu, ko tak pujuk dia elok-elok ke?


Puas dah pujuk, macamtu jugak gayanya, aku pun sampai dah tak larat nak dengar asyik nangis je macam Ahmad Albab, last-last bagi jugak apa yang dia nak.. aku ni tak boleh dengar bunyi budak menangis rasa macam geraaammm je..

Kalau dah macamni memang susahla nak pujuk..(Credit to www.babycenter.com.au)

Masa first time, dia buat perangai macamtu, ko buat macamana?

Masa first time dulu, kan kecik lagi, apa yang dia mintak, aku ikutkan jela, kalau tak bagi, dia mulala nak menangis, malas nak dengar bising, aku belilah jugak..

Oohh.. sebab tuu laahh.. ko dah bagi isyarat yang salah pada anak ko bro..

Isyarat salah?? Isyarat apa bendanya? aku bercakap je dengan dia, tak guna bahasa isyarat pun..

Bukan itu maksud aku, maksudnya macamni, budak-budak ni, masa kali pertama dia mengamuk nakkan barang, dia sendiri tak tahu apa sama ada ko akan bagi ke tak.. dia cuma mencuba nasib je tu.. dan macam biasa, menangis ni memang senjata utama diorang.. bila dia nakkan sesuatu, ko pulak tak bagi, diorang nangis jelah.. kot2 ko simpati dengan diorang..

So, bila aku bagi apa dia nak, salah ke??

Tak salah pun.. tapi sebaiknya, masa dia mula2 mintak barang kat ko, kalau ko memang taknak beli lagi barang tu, ko kena pujuk dia sebaik mungkin, sampai dia faham, yang ko bukan taknak beli, tapi ko perlukan masa, bagilah alasan tak cukup duit lagi ke, nanti barang akan murah lagi ke, ada barang lain lagi best ke, ko akan beli something lagi special ke, apa2 jelah, tapi memang ko akan beli nanti.. Ini sebenarnya, nak ajar anak ko BERSABAR.. nak ajar dia, kalau dia bersabar, inshaa Allah, apa yang dia nak akan dapat jugak.. kalau peringkat ni, anak ko dah faham, dan dia setuju taknak beli lagi, maka selamatlah ko, tapi make sure ko ingat janji ko.. sebab bila ko belikan barang yang dia nak, dia akan belajar MENEPATI JANJI daripada ko.. sebab ko dah tunjukkan contoh..

Tapi masalahnya memang takdelah dia nak dengar janji2 manis aku ni.. belum apa2 dah guling2 atas lantai..

Tak habis lagi bro, kalau rayuan gombal ko tak berjaya, barulah ko guna teknik hati kering, ko buat tak tau je bila dia mula mengamuk.. cuma muka memang kena teballah.. tambah lagi 1 inchi sebab orang keliling dok tengok kan.. haha..

Kalau macamtu selalu jugak aku  buat, tapi takde kesan pun.. lagi kuat dia jerit adalah.. lagi memalukan aku adalah..

Kalau dah macamtu, ko angkat jelah anak ko masuk kereta, ko cancellah shopping ko tu.. campur dengan ko tingkatkanlah level kesabaran ko ke tahap tertinggi yang ko mampu.. sebab nak dengar bunyi bingit dalam kereta.. yang paling penting, jangan sampai pukul dia.. sebab pukul takkan bagi dia faham.. dia dapat sakit, ko pulang tak pasal2 menyesal bila dah pukul teruk2..

Haih.. senangnya ko cakap, cancel shopping.. habistu, rugilah duit minyak aku..

Hahaha.. itu kalau extreme sangat, sebab dah menjerit sampai satu kompleks dengar.. or kalau ko still nak shopping, ko tenangkan dia dalam kereta.. ko pujuk dia, cakap dia, kalau dia diam, tak nangis, lain kali, ko akan belikan atau ko bagi pilihan lain yang lebih berfaedah.. tapi make sure, ko tetap tak beli masa tu..

Hmm.. kenapa macamtu..

Nasib baik ko tanya kenapa.. apa yang aku suggest ni amat penting masa kali pertama kau berhadapan dengan tantrum anak ko.. sebab.. ko taknak dia belajar, bahawa dengan menangis seteruk-teruknya, dia akan dapat apa yang dia nak.. bila once, dia belajar, bahawa dengan menangis, ko akan bagi apa yang dia nak.. aku gerenti, setiap kali dia nak apa-apa.. dia akan nangis semahu-mahunya.. sampai dia dapat.. kalau dah jadi macamtu.. nak ubah balik.. hmm.. susahla sikit..

Ok, logik jugak apa ko cakap ni..

Sebab tu, ko kena ajar dia cara RUNDINGAN.. latih dia.. kalau dia pandai berunding.. sabar.. tak nangis.. dia tetap boleh dapat apa yang dia nak.. once ko tunaikan janji, bagi apa yang dia nak, dia akan faham.. dengan rundingan, dia boleh dapat apa dia nak, tak perlulah dia nangis teruk2 lagi..

Tapi tulah.. aku memang susah nak sabar kalau dah menangis ni.. aku bagi jelah.. nak bagi dia senyap..

Itulah kesilapan yang paling selalu kita buat, sebenarnya dengan bagi apa yang dia nak dalam keadaan dia tengah menangis, kita dah bagi "positive reinforcement" pada dia... ayat mudah, seolah-olah kita bagitahu apa yang dia buat tu bagus, kena teruskan, buatlah lagi selalu, siap dapat hadiah lagi.. haa.. lepas2 tu, memang dia buatlah lagi..

Oooh.. itu maksud ko salah bagi isyarat tu?

Haa... faham pun ko akhirnya... kesimpulannya, kalau ko nak bagi apa-apa pada anak ko, make sure "keadaan" masa dia dapat barang tu, dalam keadaan yang positif, bukan sebab menangis, sebab dia ugut, sebab dia merajuk, sebab dia buat perangai dan apa2 jelah.. sebab kita taknak dia kaitkan semua kelakuan tu dengan "kalau aku buat macamni, mesti dapat"..

Hmm.. habis tu.. anak aku ni dah banyak kali aku buat macamtu.. macamana nak repair balik..

Boleh cuba lagi bro, tapi ambik masa.. ko cubalah.. yang penting.. ko sendiri kena sabar..

Oklah, inshaa Allah, nanti aku cuba.


(Situasi di atas merujuk kepada Operant Conditioning Theory oleh Skinner)


Thursday, 19 December 2013

(1) Rugi kalau tak tahu membaca buku dengan pantas!

Aku sebenarnya dah lama teringin nak belajar macamana nak membaca secara pantas, baca laju-laju, sebab hobi utama aku memang membaca, bila tengok buku kat MPH rasa nak beli semua sekali, sampai bila jumpa keratan suratkhabar nasi lemak pun boleh membaca. Setiap bulan bila beli buku, melambak-lambak kat rak buku, kadang-kadang sampai 5 tajuk sebulan aku beli, tapi sayangnya, nak menghabiskan satu pun tak terhabis. Alasan utama, biasalah takde masa. Tapi difikirkan balik, sebenarnya adalah sikit-sikit masa celah-celah tu, tapi tak boleh nak fokus. Pelik dan malu jugak macamana Tun M, ikon membaca negara yang amat sibuk tu pun mampu membaca banyak buku, aku yang "sibuk sangat" (tangan letak kat dada mata pandang atas) ni boleh tak mampu. 

Nak jadi cerita, baru-baru ni masa pergi menangkap buku di pameran "serigala besar yang jahat" di MINES ternampaklah buku kat bawah ni. Terus rasa, macam besst je, macam seronook je, kena beli ni, kena baca ni. So, amik jelah sebab dah murah sangat pun. Aku pun mulalah membaca buku ni dengan penuh keghairahan nak mendaptkan skill baru. So far, baru sampai bab 4, itupun dah banyak benda yang menarik aku nak kongsi. Untuk post yang ni, aku share satu benda dulu.

Rupa-rupanya selama ni yang membuatkan aku lambat membaca (tak tahulah korang) disebabkan aku membaca gunakan telinga bukan guna mata. Macam pelik kan? apa maksud dia? camni, kalau korang ingat, masa sekolah dulu bila kita mula belajar membaca, cikgu akan suruh kita baca kuat-kuat supaya semua kawan-kawan boleh dengar apa yang kita baca, dan cikgu boleh tahu sama ada apa yang kita baca tu betul ke salah. Disebabkan dah terbiasa dilatih macamtu, sampailah ke besar ni, bila kita membaca, kita mesti nak baca sebijik-sebijik seolah-olah kita nak supaya jelas "kedengaran" di telinga walaupun baca dalam hati. Cuba korang try baca blog aku ni pun, mesti korang akan baca sambil terasa "mendengar" di telinga. So, kalau mengikut teknik speed reading ni, kita kena praktis membaca hanya guna mata. Macamana pulak tu? Kalau korang perasan, mata kalau kita gerakkan dari kiri ke kanan untuk membaca (kalau rumilah) kita boleh menangkap dua atau tiga perkataan sekaligus tanpa perlu "kedengaran" bunyi perkataan di telinga. Walaupun kita hanya membaca guna mata, otak sebenarnya tetap dapat menafsir apa yang kita baca, malah lebih laju!! 

Kalau korang tak percaya, cuba buat ni, cuba amik satu buku yang korang rasa menarik nak baca, novel jiwang ke, manga ke, pelam ke, sukahati koranglah, then try baca guna mata. Mula-mula, korang gerakkan mata dari kiri ke kanan selaju mungkin untuk menangkap semua perkataan sambil menggunakan otak untuk menafsir ayat dan memberi kefahaman. Masa baru nak mula ni, aku pun juling mata dibuatnya bila cuba melajukan pergerakan mata, tapi untuk mudahkan proses ni, korang boleh berlatih dengan gunakan jari sebagai penunjuk semulajadi. (dulu, kalau baca quran, orang tua tak bagi tunjuk guna jari, kurang hajo kate ko, kena beradab sikit, kata mak akulaa..)

Gerakkan jari dari kiri ke kanan di bawah ayat yang nak dibaca, pastikan pergerakan jari tu kelajuan dia konsisten, dan mata korang baca ayat ikut pergerakan jari tu. Tak faham? canilah, aku bagi analogi, korang pernah tengok perlumbaan kereta F1 tak, kan ada safety car masuk ke litar kalau ada kemalangan, so, bila kerete mecedes tu masuk, semua kete yang laju-laju tu kena ikut belakang dia, so, lebih kurang gitulah korang buat bila membaca guna jari. Lagi best, korang gerakkan jari tu makin lama makin laju mengikut tahap kemampuan mata membaca perkataan yang tertulis. Dengan cara ni, korang akan melatih mata untuk membaca mengikut kelajuan jari penunjuk, takde masa nak tunggu perkataan tu "berbunyi" di telinga, sekaligus kelajuan membaca dapat ditingkatkan. Maka lebih banyaklah buku boleh dibaca. Banyak lagi tips lain. Nanti aku share lagi.

Pengarang : Tina Konstant (2010)