Napa nampak muncung je ni bro..
Ntahla, apa pesyen tah anak aku ni sekarang, kalau tak dapat barang yang dia
nak, asyik nak mengamuk je, siap hempas-hempas badan atas lantai lagi..
Laa.. teruknya, napa sampai macamtu, ko tak pujuk dia elok-elok ke?
Puas dah pujuk, macamtu jugak gayanya, aku pun sampai dah tak larat nak dengar asyik nangis je macam Ahmad Albab, last-last bagi jugak apa yang dia nak.. aku ni tak boleh dengar bunyi budak menangis rasa macam geraaammm je..
Kalau dah macamni memang susahla nak pujuk.. | (Credit to www.babycenter.com.au) |
Masa first time, dia buat perangai macamtu, ko buat macamana?
Masa first time dulu, kan kecik lagi, apa yang dia mintak, aku ikutkan jela, kalau tak bagi, dia mulala nak menangis, malas nak dengar bising, aku belilah jugak..
Oohh.. sebab tuu laahh.. ko dah bagi isyarat yang salah pada anak ko bro..
Isyarat salah?? Isyarat apa bendanya? aku bercakap je dengan dia, tak guna bahasa isyarat pun..
Bukan itu maksud aku, maksudnya macamni, budak-budak ni, masa kali pertama dia mengamuk nakkan barang, dia sendiri tak tahu apa sama ada ko akan bagi ke tak.. dia cuma mencuba nasib je tu.. dan macam biasa, menangis ni memang senjata utama diorang.. bila dia nakkan sesuatu, ko pulak tak bagi, diorang nangis jelah.. kot2 ko simpati dengan diorang..
So, bila aku bagi apa dia nak, salah ke??
Tak salah pun.. tapi sebaiknya, masa dia mula2 mintak barang kat ko, kalau ko memang taknak beli lagi barang tu, ko kena pujuk dia sebaik mungkin, sampai dia faham, yang ko bukan taknak beli, tapi ko perlukan masa, bagilah alasan tak cukup duit lagi ke, nanti barang akan murah lagi ke, ada barang lain lagi best ke, ko akan beli something lagi special ke, apa2 jelah, tapi memang ko akan beli nanti.. Ini sebenarnya, nak ajar anak ko BERSABAR.. nak ajar dia, kalau dia bersabar, inshaa Allah, apa yang dia nak akan dapat jugak.. kalau peringkat ni, anak ko dah faham, dan dia setuju taknak beli lagi, maka selamatlah ko, tapi make sure ko ingat janji ko.. sebab bila ko belikan barang yang dia nak, dia akan belajar MENEPATI JANJI daripada ko.. sebab ko dah tunjukkan contoh..
Tapi masalahnya memang takdelah dia nak dengar janji2 manis aku ni.. belum apa2 dah guling2 atas lantai..
Tak habis lagi bro, kalau rayuan gombal ko tak berjaya, barulah ko guna teknik hati kering, ko buat tak tau je bila dia mula mengamuk.. cuma muka memang kena teballah.. tambah lagi 1 inchi sebab orang keliling dok tengok kan.. haha..
Kalau macamtu selalu jugak aku buat, tapi takde kesan pun.. lagi kuat dia jerit adalah.. lagi memalukan aku adalah..
Kalau dah macamtu, ko angkat jelah anak ko masuk kereta, ko cancellah shopping ko tu.. campur dengan ko tingkatkanlah level kesabaran ko ke tahap tertinggi yang ko mampu.. sebab nak dengar bunyi bingit dalam kereta.. yang paling penting, jangan sampai pukul dia.. sebab pukul takkan bagi dia faham.. dia dapat sakit, ko pulang tak pasal2 menyesal bila dah pukul teruk2..
Haih.. senangnya ko cakap, cancel shopping.. habistu, rugilah duit minyak aku..
Hahaha.. itu kalau extreme sangat, sebab dah menjerit sampai satu kompleks dengar.. or kalau ko still nak shopping, ko tenangkan dia dalam kereta.. ko pujuk dia, cakap dia, kalau dia diam, tak nangis, lain kali, ko akan belikan atau ko bagi pilihan lain yang lebih berfaedah.. tapi make sure, ko tetap tak beli masa tu..
Hmm.. kenapa macamtu..
Nasib baik ko tanya kenapa.. apa yang aku suggest ni amat penting masa kali pertama kau berhadapan dengan tantrum anak ko.. sebab.. ko taknak dia belajar, bahawa dengan menangis seteruk-teruknya, dia akan dapat apa yang dia nak.. bila once, dia belajar, bahawa dengan menangis, ko akan bagi apa yang dia nak.. aku gerenti, setiap kali dia nak apa-apa.. dia akan nangis semahu-mahunya.. sampai dia dapat.. kalau dah jadi macamtu.. nak ubah balik.. hmm.. susahla sikit..
Ok, logik jugak apa ko cakap ni..
Sebab tu, ko kena ajar dia cara RUNDINGAN.. latih dia.. kalau dia pandai berunding.. sabar.. tak nangis.. dia tetap boleh dapat apa yang dia nak.. once ko tunaikan janji, bagi apa yang dia nak, dia akan faham.. dengan rundingan, dia boleh dapat apa dia nak, tak perlulah dia nangis teruk2 lagi..
Tapi tulah.. aku memang susah nak sabar kalau dah menangis ni.. aku bagi jelah.. nak bagi dia senyap..
Itulah kesilapan yang paling selalu kita buat, sebenarnya dengan bagi apa yang dia nak dalam keadaan dia tengah menangis, kita dah bagi "positive reinforcement" pada dia... ayat mudah, seolah-olah kita bagitahu apa yang dia buat tu bagus, kena teruskan, buatlah lagi selalu, siap dapat hadiah lagi.. haa.. lepas2 tu, memang dia buatlah lagi..
Oooh.. itu maksud ko salah bagi isyarat tu?
Haa... faham pun ko akhirnya... kesimpulannya, kalau ko nak bagi apa-apa pada anak ko, make sure "keadaan" masa dia dapat barang tu, dalam keadaan yang positif, bukan sebab menangis, sebab dia ugut, sebab dia merajuk, sebab dia buat perangai dan apa2 jelah.. sebab kita taknak dia kaitkan semua kelakuan tu dengan "kalau aku buat macamni, mesti dapat"..
Hmm.. habis tu.. anak aku ni dah banyak kali aku buat macamtu.. macamana nak repair balik..
Boleh cuba lagi bro, tapi ambik masa.. ko cubalah.. yang penting.. ko sendiri kena sabar..
Oklah, inshaa Allah, nanti aku cuba.
(Situasi di atas merujuk kepada Operant Conditioning Theory oleh Skinner)
penat tulis komen..skali hilang! hahah..
ReplyDeletememang betul pun apa yg en.ammar ckp dlm entri ni.
Alhamdulillah it works well on my children..
if dah stress sgt..angkut masuk kereta je..sume tak dapat! haha..
Alhamdulillah, sometimes, ada parents yang dah buat teknik yang sama, cuma saya nak bagitau, di sebaliknya ada "kesan psikologi", so, kalau berjaya.. Secara tak sengaja dah apply psikologi dalam pendidikan.. :)
Delete