Pages

Penulis di Facebook

Tuesday, 21 January 2014

(8) Jika kita tahu bahayanya risau, kita tidak akan risau lagi!

Apa perbezaan otak manusia berbanding Hard Disk dalam komputer?

Dahulu, orang sering berkata otak berfungsi seperti komputer.. sebenarnya dulu, masa saintis mula2 mengkaji pasal otak, sekitar 50-an hingga 60-an, memang diorang cakap otak berfungsi macam komputer, sebab cara otak memproses maklumat yang diterima ala-ala mirip komputer. Tetapi hakikatnya, komputerlah yang meniru cara otak berfungsi. Sehingga sekarang, masih banyak kelebihan otak yang tidak dapat ditiru oleh komputer.

Antara keunikan otak ialah, otak boleh berfikir dengan dipengaruhi oleh perubahan emosi pada manusia. Manusia boleh berfikir berbeza, mengikut emosi yang sedang dialami. Berbeza dengan komputer yang langsung tidak dipengaruhi emosi. Thats why, kalau orang yang buat keputusan tanpa ambil kira emosi, kita panggil ROBOT!

Satu lagi, otak sebenarnya menerima beribu-ribu data atau maklumat yang perlu disimpan setiap hari, tetapi hanya tak sampai 1% yang disimpan di dalam memori dan selebihnya dilupakan.. sebab..? sebab otak hanya akan menyimpan maklumat yang signifikan dan memberi makna kepada kita, dan selebihnya akan dilupakan.. ada yang mesti kata, kenapa otak tak boleh ingat semua?? Haaa.. cuba bayangkan kalau otak boleh simpan semua yang korang lalui setiap hari.. sampai bila masa korang korek hidung pun dia boleh hafal dan simpan.. tak ke parah tu.. dari sekecik2 benda sampai sebesar2 benda semua dia simpan... memang Allah ciptakan otak boleh "terlupa" supaya manusia tidak hidup dalam tekanan.. cuba bayangkan kalau orang tu putus cinta.. dan langsung tak boleh nak lupakan.. kan susah tu.. ada perkara kena lupakan.. untuk kita move on..

Otak ni ada RAM, macam dalam komputer korang... tapi untuk otak.. kita panggil Short-Term Memory (STM).. STM ni guna dia untuk proses maklumat yang dapat melalui pancaindera kita macam, apa dilihat mata, apa didengar telinga, apa dihidu hidung, apa dirasa kulit, apa dijilat lidah, apa dibuat badan, apa dimakan mulut, dan sebagainya..

STM akan proses maklumat yang dapat ni, untuk simpan dalam Long-Term Memory (LTM), ataupun lupakan je.. sebab tak penting.. sebabnya.. STM ni tak besar.. macam jugak RAM komputer.. ada komputer RAM besar, ada komputer RAM kecik.. mana yang RAM besar, boleh proses cepat, mana yang RAM kecik, slow motion la jawabnya.. kalau orang pun camtu jugaklah.. mana yang STM besar, cepatlah prosesnya, mana yang STM kecik, lambatlah prosesnya.. thats why kalau buat lawak.. ada yang belum habis buat lawak dah gelak, dan ada yang dah masuk hari ketiga baru faham lawak tu.. kesiann.. gelak sorang2...

Ada kajian yang kata, sapa yang STM besar ni IQ tinggi.. sapa yang STM kecik, IQ rendah.. sebab tu kita tengok, ada setengah orang, boleh fikir sepantas kilat dalam apa pun keadaan.. sebab dia boleh proses banyak maklumat sekaligus.. tapi ada yang susah nak buat keputusan.. walaupun dah berbulan2 bagi masa buat keputusan.. sebab nak proses maklumat.. satu.. satu.. satu.. sampai tak siap2..

Kalau nak order otak-otak.. boleh call student saya ni (Shukri) .. Jamin Sedap!!
Kenapa cerita semua pasal otak nih?? .. sebabnya nak cite ngan student2 saya.. otak kita ni ada kapasiti RAM dia.. tak boleh nak fikir banyak2 dalam satu masa... kena pulak kalau RAM korang kecik.. maka lagi susahla kalau nak proses macam2 benda dalam kepala.. bayangkan nak study lagi, nak buat assignment lagi, nak protes tak boleh keluar outing lagi, nak layan awak merajuk lagi, nak join sukan lagi, nak ingat mak ayah kat kampung lagi, macam2 lagilah hal korang... so, memory tak cukup kalau nak fikirkan semua tu serentak.. semua nak berlumba2 masuk dalam kepala.. memang jammed lah kepala hotak kita.. so.. macamana nak buat..?

Thats why, untuk kurangkan jammed dalam kepala, macam2 teknik orang buat untuk mengingat dan "keluarkan" sekejap apa yang ada dalam kepala ke alam nyata.. supaya, bila korang tengok semula nanti.. korang boleh fikirkan semula.. contohnya, ada orang tulis idea2 baru dalam buku nota kecik, ada yang buat to-do-list atas sehelai kertas tampal kat dinding, ada yang tulis satu task atas satu stick note then tampal kat dinding, pastu susun banyak2.. kalau buat macamni, korang akan nampak betapa banyaknya benda yang bersarang dalam kepala.. so, bila dah keluarkan semua yang difikirkan atas kertas.. korang dah tak perlu risau or takut terlupa apa yang korang tengah fikir.. sebab semua dah tulis..

Korang dah boleh fokus fikir satu demi satu... sampailah semuanya dapat diselesaikan... takdelah semuanya duduk dalam kepala, pastu nak fikir serentak.. memang pengsanlah.. berdenyut2 rasa kepala kann..??

Selain daripada tu, korang kena ingat.. RISAU juga adalah penelan RAM dalam kepala korang... ikut kajian.. RISAU memang mengambil sebahagian daripada RAM yang korang ada untuk proses benda yang korang tengah fikir.. contoh... korang tengah fikir macamana nak habiskan baca buku, sebab esok dah nak exam, banyak lagi nota nak baca.. dalam masa sama, korang jugak risau takut tak habis baca buku.. so, korang tengah guna separuh otak untuk baca buku, dan separuh otak untuk risau tak sempat habis... so.. RAM jadi sikit.. makin slowlah korang membaca buku.. dan dapat fikir apa yang tengah korang baca.. thats why, ikut motivator.. daripada habiskan masa untuk risaukan sesuatu.. baiklah awak fokus terus kepada baca apa yang perlu dibaca... dan buang kerisauan tu jauh2.. at least.. sepenuh otak digunakan untuk membaca.. maknanya korang dah membaca 2X lebih banyak dan cepat daripada masa risau tadi.. hasilnya... sempatlah korang habis baca buku... saya biasa jumpa semua student ada penyakit ni.. RISAUUUUU tak sudah2.. tapi buatnya tak jugakk.. kalau buat.. kerja dah siap dah pun.. tak payah risau.. ni dok risau.. kerja pun tak siap.. lagi TAMBAH RISAU...

So, lepas ni.. rileksss je... tenang.. buang risau jauh2.. fokus dan fikir hanya pada apa yang korang nak buat.. then.. buat satu demi satu.. bukan semua serentak.. kalau takut lupa.. tulis.. itulah gunanya pen dan kertas.. (kalau aku, memang sukaaa guna stick note...). Inshaa Allah.. otak korang akan kurang jammed.. tapi lebih cekap bekerja...

~OTAK FOKUS, BANYAK SIAP.. OTAK HANCUSS, MASA DEPAN GELAP..~

Wednesday, 1 January 2014

(12) Jika anak-anak sangat peramah dengan orang, ibubapa perlu tahu ini!

Kalau korang tergolong dalam kategori budak yang suka berjumpa orang (interpersonal) atau pun lebih suka study sendiri (intrapersonal), mungkin cara-cara study ni sesuai dengan korang:-

Kalau yang suka jumpa orang..

1. Bila nak study, korang kena buat discussion dengan orang lain. Korang kena gerak pergi bilik sebelah, bincang dengan diorang apa yang ko dah belajar. Ataupun kalau diorang memang bukan coursemate korang pun, korang suruh je diorang dengar, janji korang "terasa" yang ada orang mendengar "muntahan" nota yang korang baru baca.

2. Korang cuba ajar apa yang korang dah baca pada orang lain.. apa yang korang dah faham tu.. cuba explain pada orang lain.. fahamkan diorang.. bukan je korang makin ingat.. pahala pun dapat.. sebab ajar orang..

3. Cuba bandingkan nota yang korang ambik, dengan nota yang kawan2 lain ambik dalam kuliah. Kalau sama, oklah. Kalau tak sama, korang salin daripada diorang mana yang takde.

 Kalau ikhlas ajar orang, ilmu kita sendiri akan bertambah.. (Pic From lendabookco.blogspot.com)


Kalau yang suka menyendiri..

1. Cuba cari sebab, kenapa korang kena belajar satu-satu topik tu.. kalau boleh, biar sebab peribadi yang memang korang rasa, kena faham betul2 topik tu, kalau tak, korang rasa teruk.. cara ni, boleh bagi motivasi tambahan pada korang untuk fahamkan apa yang korang belajar.. tapi kalau korang belajar sebab cikgu suruh.. memang tak bolehla guna cara ni..

2. Cuba cari jawapan, kat mana korang boleh gunakan balik apa yang korang belajar ni.. kalau dah tahu nak pakai waktu bila ilmu ni.. baru korang akan mudah nak study.. kalau tak tahu nak guna kat mana.. memang korang rasa tak perlu belajar..

3. Kalau dua2 cara kat atas korang tak jumpa jawapan.. cepat2lah jumpa pensyarah or cikgu.. suruh diorang terangkan balik jawapan kepada dua-dua soalan tu.. kalau tak.. hanyut korang..

That's all..

(11) Jika anak-anak suka melihat gambar di buku, ibubapa perlu tahu ini!

Ada kalangan korang ni kalau study tak suka baca buku.. sebab asal sebut study je baca buku.. takde cara lain ke.. So, kalau korang jenis suka tengok something (visual), mungkin cara-cara study yang ni sesuai untuk korang:-

1. Buat mind map guna perkataan-perkataan yang penting atau keyword yang relevan dengan topik yang korang baca. Teknik ni, Tony Buzan yang champion. Korang boleh buat macam contoh bawah ni.

 Mind map ni memang senang nak faham, simple pulak tu.. (Pic from learningfundamentals.com.au)


2. Buat poster, lukis kartun, atau tengok video yang berkaitan dengan topik apa yang korang nak exam.

3. Masa buat nota, kalau boleh jangan gunakan perkataan.. tapi gunakan simbol2 yang melambangkan benda yang korang faham..

4. Gunakan highlighter untuk warnakan perkara yang penting, atau idea yang korang nak ingat..

5. Lukis graf atau guna diagram yang menarik lepas korang habis kuliah. Lukis ikut pemahaman korang sendiri. So, bila nak exam, boleh terus tengok, terus faham.

Kalau korang jenis suka dengar muzik.. mungkin cara-cara ni sesuai untuk korang:-

1. Tulis lagu, jingle, ataupun rap yang lirik dia korang masukkan pasal nota korang ni.. kalau subjek sejarah ke, memang sesuailah... ataupun korang tukar lirik lagu2 yang korang minat dengan lirik yang berkait subjek korang..

2. Mainkan muzik yang sesuai dengan topik yang korang tengah baca. Katakanlah korang tengah baca pasal perang, carilah muzik yang ada bunyi patriotik sikit.. kalau ada bunyi bom pun lagi bagus.. susah sangat, korang belilah album soundtrack movie2 perang..

3. Korang boleh jugak mainkan muzik yang bersesuaian dengan emosi korang ketika membaca nota korang. Ikut kajian, muzik klasik memang boleh membantu merangsang emosi otak ketika membaca menyebabkan lebih mudah mengingat. Korang cuba carik lagu ni Canon D Pachelbel.. memang layan.. (kalau saya yang tua nila.. tak taulah korang..). Tapi jangan bantai lagu rock kapak meleleh pulak.. nanti tak pasal2 teringat frust putus cinta dengan awek.. terus tak boleh study... masalahhhh...

Thats' all..

(10) Jika anak-anak suka menyentuh barang, ibubapa perlu tahu ini!

Korang mesti pernah dengar istilah "kinesthetic".. orang yang belajar dengan cara "melakukan" atau perlu menyentuh objek.. so, untuk orang macamni, nak study style orang "linguistic" memang tak berapa sesuai.. nak2 korang yang belajar bidang kemahiran ni rasanya ramai yang duduk dalam golongan "kinesthetic" ni.. so, mungkin cara-cara ni sesuai untuk korang:-

1. Korang lakonkan semula apa yang korang belajar. Kalau korang belajar tentang assemble PC, mungkin korang perlu lakonkan macamana nak assemble PC. Kalau korang belajar macamana handle video camera, korang kena lakonkan macamana cara nak handle video camera. Lagi bagus, kalau korang boleh praktis terus dengan alat sebenar, tapi kalau takde, cukup dengan menggunakan imaginasi, dan bayangkan korang memang tengah shoot video.. cuba bayangkan...

2. Kalau boleh, masa cikgu offer dalam kelas, sapa nak try alat-alat yang dia baru lepas ajar, korang offer diri dulu.. atau terus je ke depan try buat task tu.. jangan tunggu orang lain buat dulu.. atau langsung tak try.. takpelah.. aku dah tengok.. boleh buat.. sebab korang ni kena buat.. kalau tak buat.. korang memang tak faham macamana nak buat..

3. Kalau korang nak membaca jugak, cuba korang membaca sambil berjalan.. (sebab korang mesti nak begerak jugak.. kalau tak.. tido..)

4. Korang pegi pinjam rakaman suara kawan korang yang dah rakam nota dalam handphone tu (kalau takde, korang rakam suara sendiri pun takpe), korang transfer masuk dalam ipod korang, pastu jogging sambil dengar suara bacaan nota.. mana tahu.. mujarab..

Matt Damon ni pun mesti kinesthetic jugak, sebab tu hafal skrip sambil jogging.. (Pic from obamapacman.com)

5. Kalau korang dah sudah membaca sambil duduk, korang berdiri dan jalan tanpa buku.. biarkan apa yang korang baca tadi bermain dalam fikiran korang sambil berjalan menikmati pemandangan di luar tingkap..

Ok.. cukup..

(9) Jika anak-anak suka membaca, ibubapa perlu tahu ini!

Biasanya cikgu akan bagi macam2 tips untuk korang study bila dah sampai musim exam. Macam2 teknik cikgu ajar, tapi kadang2 macam tak serasi dengan korang.. saya dulu macamtu jugak..  pergi kursus kaedah belajar segala bagai, tapi adalah beberapa je yang memang serasi dengan saya, selebihnya mungkin tak sesuai kot..

So, bagi korang yang rasa ada "kepandaian bahasa" mungkin korang boleh gunakan cara-cara ni:-

 Korang jangan sampai pengsan macamni baca buku.. (Pic from amazinggila.blogspot.com)


1. Cuba buat ayat sendiri kepada apa yang korang dah baca atau dengar. Cuba terangkan semula dengan ayat korang sendiri. Jangan terikat sangat dengan ayat buku atau nota yang korang catit. Bila korang dah boleh terangkan dengan ayat korang sendiri, cuba explain pada diri sendiri dengan cara bacakan balik ayat tu atau hebat lagi, korang bercerita/bersyarah.. biasanya dengan "mengeluarkan suara" ni, korang akan ingat balik apa yang korang baca... sebab biasanya orang lebih ingat apa yang didengar daripada apa yang dibaca (heuristik).

2. Buat soalan sendiri, cari jawapan sendiri, pastu korang baca jawapan dia kuat2. Sama gak macam atas, kira korang syok sendirilah..

3. Kalau dah tak larat nak syok sendiri, kalau korang ada study group.. cuba cerita apa yang korang baca dalam study group.. of coslah kena keluarkan suara kuat2, takkan berbisik kot.. pastu korang bincang sama korang... biasanya.. kalau bersembang ni.. korang akan ingat apa yang korang sembang..

4. Kalau dalam study group, korang tanya banyak2 soalan pada member.. sampai diorang susah nak jawab.. bukan korang nak buli dia.. tapi korang nak dia betul2 faham.. dalam masa yang sama, korang dapat jawapan yang betul..

5. Zaman sekarang, korang dah pakai handphone canggih.. so, gunalah kelebihan tu.. korang boleh rakam apa yang cikgu cakap, then dengar balik.. ataupun kalau susah.. korang rakamkan penerangan korang dalam study group tu, pastu dengar balik sendiri..